Search This Blog

Tuesday, October 7, 2014

Padang Bolasepak Kg. Rawa, Skudai Berjaya ... - Belia Johor Bahru - Bola Sepak Johor Blog

Padang <b>Bolasepak</b> Kg. Rawa, Skudai Berjaya <b>...</b> - Belia <b>Johor</b> Bahru - Bola Sepak Johor Blog


Padang <b>Bolasepak</b> Kg. Rawa, Skudai Berjaya <b>...</b> - Belia <b>Johor</b> Bahru

Posted: 21 Jul 2014 07:36 PM PDT


Johor Bahru 21 Julai 2014 - Satu perjumpaan dan perbincangan yang diatur oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru antara Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Bersama Kelab Bolasepak Harimau Mega  (HMFC) & Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru bagi tujuan cadangan pengambilalihan Pengurusan Padang Bolasepak Kg. Rawa, Skudai telah berlangsung di Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang dihadiri sendiri YDP MPJBT Tn Hj Salehuddin bin Hj Hassan, pihak HMFC diwakili Presiden Kelab iaitu Datuk Haja Maidin bin Abd Qader serta En.Ruhisyam Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.

                     Perjumpaan ini diadakan bagi menjelaskan rasional pengambilalihan Padang BolaSepak Kg. Rawa yang di dalam penyeliaan MPJBT kepada Kelab Bolasepak Harimau Mega (HMFC). Antara intipati perbincagan adalah berkisar kepada keperluan menaiktaraf padang Kg. Rawa sebagai pusat latihan melahirkan pemain-pemain bolasepak remaja anak-anak Johor yang berkemahiran tinggi dan berkualiti. Pihak HMFC juga bersetuju untuk menyelenggara dan manaik taraf padang bolasepak Kg. Rawa dengan lebih baik lagi di samping memberi ruang dan peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan padang tersebut tanpa sebarang halangan. Dalam masa yang sama MPJBT dapat mengurangkan kos penyeleggaraan padang bolasepak Kg. Rawa kerana pihak Kelab bersetuju untuk menanggung kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan padang tersebut.
                 
                      En.Ruhisyam Ibrahim, Pegawai Belia dan sukan Daerah Johor Bahru telah memberi beberapa pandangan dan cadagan agar kedua-dua pihak dapat mencapai situasi menang-menang(win win situation) dan dalam masa yang sama perancangan pembangunan bakat-bakat bolasepak di Johor Bahru dapat dipergiatkan lagi. Akhirnya persetujuan telah diberikan  oleh YDP MPJBT untuk Padang Bolasepak Kg. Rawa diserahkan pengurusan dan penyeliaan kepada pihak HMFC dengan beberapa syarat yang dipersetujui secara bersama.

No comments:

Post a Comment