Search This Blog

Saturday, February 15, 2014

Buasir Otak: Ramai yang hilang pertimbangan kerana bola sepak - Bola Sepak Johor Blog

Buasir Otak: Ramai yang hilang pertimbangan kerana <b>bola sepak</b> - Bola Sepak Johor Blog


Buasir Otak: Ramai yang hilang pertimbangan kerana <b>bola sepak</b>

Posted: 04 Feb 2014 08:11 AM PST

Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, hari Sabtu yang lepas. Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baru diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.

Seperti yang sedia maklum, sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama Perlawanan JDT Vs T-Team dibunyikan, Stefano Impaguazzo, Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim.

Tiba-tiba pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.


Pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Kronologi penuh kejadian di Berita Semasa. Insiden ini juga dilaporkan dalam laman web bola sepak antarabangsa Goal.com. Berikut pula adalah rakaman video insiden dalam terowong di Stadium Larkin:


Ada yang mendakwa orang yang dikatakan pengurusan tertinggi JDT tersebut adalah Tengku Mahkota Johor (TMJ). Sekarang ini, kedua2 pihak T-Team dan juga pihak JDT dah pun membuat laporan polis berkaitan insiden ini, so tak payah penyokong gaduh2 dan tuduh menuduh antara satu sama lain, biar polis sahaja yang membuat siasatan dan kita tunggu sahajalah hasil siasatan.

Apa yang pasti, lepas kejadian tu tiba2 muncul Facebook fanpage "Haramkan TMJ & JDT Dalam Bola Sepak Malaysia", dan kemudiannya muncul pula page "Kami bersama TMJ" sebagai counter kepada page yang sebelum tadi. Aku pun bukanlah nak backing T-Team, atau JDT, sebab sebab aku pun tak tau apa yang sebenar2nya yang berlaku, siapa yang sebenar2nya yang salah, biar polis yang handle, cuma aku rasa tak perlulah kita terlalu mengutuk JDT dan TMJ kerana benda ni pun masih dalam siasatan, andai kata mereka tak bersalah tak pasal2 dah buat fitnah. Lagipun tak dinafikan dengan usaha TMJ, ia telah membawa banyak perubahan dalam dunia bola sepak negeri Johor dan juga Malaysia.

Ini selingan, awek JDT yang comel

Tapi dalam masa yang sama tak perlu juga taksub sangat kepada pasukan bola anda sampai nak gaduh2, hina2, maki2, mencarut2, nak keluar dari Malaysia, hidup mati kerana bola. Cukup2 la tu orang luar kutuk negeri Johor dan orang Johor kutuk orang negeri lain. Kemon laaaa... aku tahu ramai yang minat bola tapi rasional la sikit, be matured. Kita dah ada macai politik, macai MLM, jangan tambah lagi macai bola. Ia cuma bola, OK. BOLA... B-O-L-A, dan ia takkan ditanya dalam kubur pun.


Perlu ke hilang pertimbangan dan kewarasan hanya semata2 kerana bola sepak? Berbaloikah?

tags: perlawanan piala fa johor darul takzim jdt vs t-team tangguh enggan terus perlawanan pertandingan faktor keselamatan video insiden tumbuk gaduh pukul tendang kelangkang pemain jurulatih pasukan kecergasan provokasi tmj tengku mahkota johor terowong stadium larkin separuh masa pertama luaskan kuasamu hidup mati johor fan penyokong bos awek jdt trw

No comments:

Post a Comment