Search This Blog

Friday, February 28, 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA: Kehadiran Hodak cetus tanda tanya - Bola Sepak Johor Blog

LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Kehadiran Hodak cetus tanda tanya - Bola Sepak Johor Blog


LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Kehadiran Hodak cetus tanda tanya

Posted: 24 Feb 2014 04:16 PM PST

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Kehadiran Bojan Hodak ketika sesi latihan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) di Padang Seri Gelam, petang semalam sekali lagi menimbulkan tanda tanya.

Bekas pengendali Kelantan itu menyaksikan pasukan Harimau Selatan yang dikendalikan jurulatih Cesar Ferrando Jiminez itu berlatih selain turut berinteraksi dengan pengendali dari Sepanyol itu selepas sesi latihan.


Bagaimanapun, pegawai Johor DT yang turut berada di sesi latihan itu enggan mengulas lanjut dengan Jiminez pula lebih berminat bercakap mengenai persiapan menghadapi Sime Darby, 8 Mac ini.

"Selepas rehat empat hari pemain tampak tidak menghadapi masalah, malah tahap kecergasan mereka juga cukup memuaskan dan ia menunjukkan perkembangan positif.

"Malah ketiadaan sembilan pemain yang menyertai kem latihan skuad kebangsaan juga tidak mengganggu latihan kerana pemain Piala Presiden diserapkan bagi membantu pemain lain berlatih.

"Tumpuan kami adalah persiapan menentang Sime Darby FC di tempat lawan dan saya harap latihan ini beri ruang kepada saya untuk kenal pasti mereka yang akan diturunkan nanti," katanya.

Beliau juga menegaskan tiada aksi persahabatan sepanjang tempoh saingan Liga Super direhatkan sebaliknya menumpukan kepada kecergasan pemain supaya sentiasa bersedia sebaik saingan liga bersambung.

Menurutnya lagi, kecederaan beberapa pemain seperti Azizi Mat Rose, Daudsu Jamaluddin, Afiq Kamaruddin dan penjaga gol Muhammad Al-Hafiz Hamzah semakin pulih, namun mereka perlu menjalani latihan kecergasan.

"Kami masih dalam proses pemulihan dan saya akan pantau tahap kecergasan mereka. Apapun kita tunggu dan lihat," kata Jiminez.

TMJ mengaku tidak adil, sedar diri tak layak jadi Presiden FAM <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 10:49 PM PST

Kalau dia jadi Presiden FAM, alamatnya hancur lah kualiti bola sepak negara...tapi kalau dia berusaha untuk memperbaiki diri agar lebih bersikap adil, mungkin suatu hari nanti, TMJ akan jadi presiden FAM. Ini diakui sendiri oleh Tunku Ismail ketika menjelaskan pendiriannya sekiranya dipelawa untuk menggalas tugas penting tersebut.

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini. 

Tunku Ismail, 29, yang ditemui berkata, beliau belum layak untuk memegang jawatan tertinggi itu sebaliknya lebih berminat memberi cadangan dan pandangan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.  

"Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor.  

"Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab. 

"Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail. - mymetro

Lagi Info Menarik:

Adakah orang besar suka burger besar? 

No comments:

Post a Comment