Search This Blog

Saturday, November 29, 2014

Johor Akan Bina Stadium Bola Sepak Padang Tiruan - Siakapkeli - Bola Sepak Johor Blog

<b>Johor</b> Akan Bina Stadium <b>Bola Sepak</b> Padang Tiruan - Siakapkeli - Bola Sepak Johor Blog


<b>Johor</b> Akan Bina Stadium <b>Bola Sepak</b> Padang Tiruan - Siakapkeli

Posted: 26 Nov 2014 04:28 AM PST

Johor akan membina sebuah stadium tertutup bola sepak yang menggunakan padang tiruan yang diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, padang bola sepak berkenaan akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

"Bermula Januari 2015, Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan memulakan pembinaan padang bola sepak tiruan tertutup berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru."

Tambahnya lagi, "Ianya bakal menjadi lambang kemegahan buat negeri Johor apabila menjadi yang pertama di Malaysia memiliki padang bola sepak tiruan tertutup bersaiz sebenar yang akan dibina mengikut spesifikasi FIFA."

Maka dengan pembinaan stadium tersebut johor dikatakan adalah negeri pertama di Malaysia yang memiliki padang bola sepak seperti itu.

"Selain itu kita juga akan menaiktaraf kemudahan yang ada dengan menempatkan Pusat Perubatan yang berhampiran padang latihan. Ianya akan memastikan para pemain yang mengalami kecederaan mendapat bantuan perubatan melalui peralatan yang lebih baik untuk penyembuhan dan pemulihan mereka.

Proses pembinaan padang bola sepak tertutup yang baru ini dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2015". katanya dalam kenyataan itu. ─ Siakapkeli.com.my

<b>Johor</b> Akan Bina Stadium <b>Bola Sepak</b> Padang Tiruan - Malaysia <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2014 06:08 PM PST

KUALA LUMPUR – Johor akan menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai stadium tertutup bola sepak menggunakan padang tiruan yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menjelang penghujung tahun depan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, padang bola sepak tiruan itu akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu, pembinaan padang bola sepak tiruan tertutup di Johor itu akan bermula pada Januari tahun depan.

"Padang bola sepak tiruan ini akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

"Ia bakal menjadi lambang kemegahan buat negeri Johor apabila menjadi yang pertama di Malaysia memiliki padang bola sepak tiruan tertutup bersaiz sebenar yang akan dibina mengikut spesifikasi FIFA," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, PBNJ akan turut menaiktaraf kemudahan bola sepak sedia ada dengan menempatkan Pusat Perubatan berhampiran padang latihan.

Jelas kenyataan itu, usaha itu bagi memastikan para pemain yang mengalami kecederaan mendapat bantuan perubatan melalui peralatan yang lebih baik untuk penyembuhan dan pemulihan mereka.

"Proses pembinaan padang bola sepak tertutup baharu ini dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2015," kata kenyataan itu.

tiga para: Padang <b>bolasepak</b> tertutup untuk JDT

Posted: 25 Nov 2014 12:46 PM PST

Persatuan Bolasepak Johor akan meneruskan gerak langkah baru dalam usaha membangunkan bolasepak di negeri berkenaan. Melalui penjenamaan pasukan Johor Darul Takzim menjadi JDT, satu mercu tanda baru bakal dibina yang akan terus menjadi bualan hangat peminat bolasepak Malaysia.

Terbaru, menerusi kemaskini di laman rasmi FB Johor Southern Tiger, satu stadium padang tiruan tertutup bakal dibina berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor. Stadium bersaiz sebenar yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan FIFA ini turut menempatkan sebuah Pusat Perubatan khas untuk atlet di sana.


Projek yang dijangka siap menjelang Disember 2015 ini bakal menambah cemburu peminat pasukan lain ke atas JDT memandangkan inisiatif ini mampu mengangkat kedudukan pasukan ini dalam usaha memodenkan pengurusan bolasepak di Malaysia. Malaysia Boleh!


No comments:

Post a Comment