Search This Blog

Monday, November 10, 2014

Bolasepak Sebagai Satu Medium Terbaik ... - Muafakat Johor - Bola Sepak Johor Blog

<b>Bolasepak</b> Sebagai Satu Medium Terbaik <b>...</b> - Muafakat <b>Johor</b> - Bola Sepak Johor Blog


<b>Bolasepak</b> Sebagai Satu Medium Terbaik <b>...</b> - Muafakat <b>Johor</b>

Posted: 27 Oct 2014 07:55 AM PDT

tiket percuma2000 tiket untuk anak Johor!

'Johor tetap jadi Johor' Challenge Sempena Final Piala Malaysia

1. Upload apa saja gambar kreatif beridentitikan Negeri Johor sama ada di FB, instagram,twitter beserta slogan

Kenapa saya sayang Johor ek? ……

atau

Saya bangga menjadi anak johor kerana….

( jgn lupa tag #muafakatjohor @ #anakjohor @ #Johortetapjadijohor )

2. Print screen gambar kreatif+slogan di fb/insta/twitter tadi dan emailkan kepada menteribesarjohor@gmail.com beserta butir peribadi anda

tajuk ; johor tetap jadi johor

1. Nama,
2. No kad pengenalan
3. Alamat rumah/daerah
4. No telefon
5. Tempat pengambilan tiket (JB atau KL)
6. Email

2000 penyertaan terawal yang layak akan menerima satu tiket percuma.

Senarai penerima akan dihubungi menerusi email

Terima Kasih.

2014-10-27

Pahang Vs JDT : Khairy <b>sepak</b> tiang bendera untuk menguji..

Posted: 01 Nov 2014 03:49 AM PDT


Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan menyaksikan pertembungan antara Johor dan juga Pahang di Stadium Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah turun sendiri ke padang di Stadium tersebut untuk menyaksikan persiapan sebelum perlawanan malam ini.

Dipercayai bagi menghadapi segala kemungkinan, beliau juga telah menguji sendiri kekuatan tiang 'Corner Flag' padang tersebut dengan menerajangnya...

Kah.. kah.. kah... cari pasai lah tu...

Buat yang dah lupa ini laporan berkaitan..

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini pada Khamis, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bertitah tindakan itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang manusia dan ahli sukan dalam meluahkan rasa kegembiraan.

"Ini cara saya untuk menunjukkan rasa puas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi selepas JDT berdepan dengan pelbagai spekulasi dalam tempoh lebih seminggu ini," titah baginda kepada pemberita di sini, Jumaat.

Tunku Ismail mengulas sikap segelintir pihak yang mengkritik tindakan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, JDT mengalahkan Terengganu dengan agregat 3-1 dan layak ke separuh akhir menentang Felda United.

Tunku Ismail bertitah tindakan itu sebenarnya sudah dibayangkan baginda lebih awal iaitu ketika seorang adindanya bertanyakan mengenai apa tindakan yang dilakukan sekiranya JDT memenangi perlawanan terbabit.

"Saya jawab saya minat Ibrahimovic (Zlatan Ibrahimovic). Jadi saya ingat hendak raikan macam dia," titah baginda sambil menegaskan baginda turut tampil tunduk hormat kepada penyokong Terengganu sebagai tanda penghargaan mereka berkunjung menyaksikan perlawanan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan menendang tiang terbabit sehingga menimbulkan salah faham kepada penonton dan peminat bola sepak tanah air.

Menurut baginda, media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi.

Sementara itu, Tunku Ismail turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pasukan dari Bundesliga, Borussia Dortmund, bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Perjanjian itu merangkumi kerjasama pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, peminjaman tenaga pengajar dan penghantaran pemain muda untuk menimba pengalaman bersama kelab itu.

Baginda menegaskan persetujuan kerjasama terbabit menunjukkan pasukan kelab Bundesliga itu percaya dengan keupayaan yang dimiliki PBNJ ~ mStar


Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang - Denaihati

Posted: 25 Oct 2014 03:40 AM PDT

Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang
Artikel pilihan...close

LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: &#39;<b>Johor</b>&#39; di final selepas 23 tahun

Posted: 25 Oct 2014 08:42 PM PDT

jdt
Luciano Figueroa (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan JDT bersama rakan sepasukan, Mohd. Aidil Zafuan (kiri) dan Jorge Diaz pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. – mingguan/AMIN FARIJ HASSAN - 

Sumber: Utusan Online

JOHOR BAHRU – Penyokong Johor bergembira selepas 23 tahun me­nunggu untuk menyaksikan wakil negeri itu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) memenuhi impian mereka dengan menyingkirkan Felda United menerusi agregat 6-5 pada separuh akhir semalam.

Kemenangan 3-1 ke atas The Fighters pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menggembirakan penyokong Harimau Selatan, yang kali terakhir melihat pasukan mereka layak ke final kejohanan berprestij itu menerusi skuad negeri, Johor pada 1991.


Johor menjuarai Piala Malaysia ketika itu selepas menewaskan Selangor 3-1.

Kemenangan ini juga merupakan hadiah istimewa buat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang selamat diijab kabul, kelmarin.

Tunku Ismail turut berada di stadium untuk menyaksikan kemenangan manis pasukannya.

Dalam perlawanan semalam, skuad kendalian Bojak Hodak itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-29.

Sepakan percuma yang diambil Figueroa dari jarak 25 meter melepasi benteng lawan dan menerjah ke penjuru kanan gawang menewaskan Mohd. Farizal Harun.

Biarpun ketinggalan, The Fighters tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Makeche Ndumba menewaskan kawalan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan melakukan hantaran untuk disempurnakan Mohd. Raimi Mohd. Noor.

Figueroa bagaimanapun meledak gol kedua JDT apabila menanduk hantaran lintang Pereyra Diaz pada minit ke-63.

JDT melebarkan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan Amri Yahyah yang mendapat umpanan cantik daripada Diaz dan melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan namun kedudukan kekal 3-1 hingga ke wisel penamat.

Kem Harimau Selatan menerima tamparan apabila Aidil Zafuan dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi terlepas aksi final menentang juara bertahan, Pahang pada 1 November ini.

Aidil Zafuan mengutip kad kuning pada minit ke-67 setelah menjatuhkan Ndumba sementara Mohd. Nazrin dilayangkan kad merah setelah bertengkar dengan pemain Felda yang mengasarinya, Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-90.

No comments:

Post a Comment