Search This Blog

Monday, February 17, 2014

Berita Harian | FAM harus ambil langkah basmi samseng bola sepak - Bola Sepak Johor Blog

Berita Harian | FAM harus ambil langkah basmi samseng <b>bola sepak</b> - Bola Sepak Johor Blog


Berita Harian | FAM harus ambil langkah basmi samseng <b>bola sepak</b>

Posted: 10 Feb 2014 02:04 PM PST

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus bertanggungjawab dan mengambil segala langkah wajar untuk membasmi gejala samseng bola sepak dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang kini semakin menular.

Seperti dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, satu langkah segera harus diambil dan pembaharuan Prosedur Standard Operasi (SOP) aliran penyokong ketika di stadium perlu ditambah baik.

Penolong Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Windsor Paul berkata setiap SOP kepada pasukan tuan rumah adalah mengikut ketetapan yang dibuat oleh FAM.

"Saya tidak pasti bagaimana SOP yang diguna pakai oleh FAM. Ini kerana setiap negara menetapkan cara mereka sendiri untuk memastikan perlawanan dapat berlangsung dengan selamat.

Lihat laporan rasmi

"Di Malaysia mungkin berbeza dengan negara lain. Sebagai contoh, kalau di China, persatuan mereka menetapkan jualan tiket hanya boleh dibuat 80 peratus daripada kapasiti sebenar," katanya ketika dihubungi semalam.

BH Sukan semalam melaporkan trend 'hooligan' yang berlaku di negara ini begitu membimbangkan dan menakutkan dengan kejadian terbaru berlaku di luar Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu ketika pertemuan Pahang menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Kekecohan bola sepak adalah biasa tetapi setakat ini saya tidak tahu bagaimana kejadian sebenar yang berlaku di sana (Kuantan). Saya perlu lihat laporan rasmi dulu baru boleh buat sebarang kenyataan," kata Windsor.

No comments:

Post a Comment