Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

kerana surat ini, setiausaha kelab penyokong bola sepak - Bola Sepak Johor Blog

kerana surat ini, setiausaha kelab penyokong <b>bola sepak</b> - Bola Sepak Johor Blog


kerana surat ini, setiausaha kelab penyokong <b>bola sepak</b>

Posted: 13 Oct 2014 07:29 PM PDT

KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

100 tiket saja...baik tak payah! - Terengganu kecewa dengan <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2014 06:39 PM PDT

Kuala Terengganu: "Terima kasih PBNJ, simpan sajalah tiket 100 keping itu". Luahan kecewa itu terbit daripada mulut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman selepas gagal mendapat kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membeli 2,000 tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, malam esok.

Arpin menunjukkan surat rayuan

Setakat semalam, PBNJ cuma mampu memberi peruntukan 100 keping tiket walaupun sudah dua kali rayuan dibuat PBSNT, kata Arpin yang mengaku sekali lagi memohon jasa baik PBNJ dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan jumlah tiket yang jauh lebih besar.

"Jika cuma 100 keping saja yang kami dapat daripada PBNJ, saya berpendapat lebih baik persatuan kami tidak membelinya kerana jumlah itu tidak mencukupi untuk 2,000 penyokong pasukan Penyu yang berhasrat bertandang ke Johor Bahru.

"Namun ini cuma pendapat peribadi saya saja kerana mungkin pihak pengurusan tertinggi persatuan masih mahu membeli 100 keping tiket itu supaya tidak mengecewakan segelintir penyokong yang masih bersemangat untuk menyokong pasukan di stadium," katanya.

Menurutnya, PBSNT juga mempunyai maruah yang perlu dijaga dan beliau berharap pengurusan tertinggi PBNJ mengizinkan pembelian lebih banyak tiket lagi. - hmetro

kejohanan <b>bola sepak</b> 9 sebelah penutup liga <b>...</b> - Belia <b>Johor</b> Bahru

Posted: 12 Oct 2014 01:14 AM PDT

Dataran Bandaraya Johor Bahru 11 Oktober 2014 - Bertempat di Padang Seri Gelam Dataran Bandaraya Johor Bahru Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah telah melabuhkan tirai sekaligus menutup rasmi program Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah Johor Bahru

Seramai 30 Pasukan telah menyertai Kejohanan kali ini yang telah hadir dari seluruh daerah johor bahru. Wakil rasmi Datuk Bandaraya Johor Bahru telah sudi hadir merasmikan program penutup pada kali ini.

En Ruhisyam Bin Ibrahim Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru Selaku Penganjur Liga Sukan dan Datuk Haja Mydin Pengerusi Kelab Harimau Mega FC yang turut sudi hadir selaku kerjasama bagi menjayakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Kali ini.

Kemelut PBSNT dan PBNJ buatkan pemain pertahanan <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2014 05:48 PM PDT

Kuala Terengganu: "Maaf Johor DT (Johor Darul Ta'zim), saya sudah tawar hati."

Mohd Zubir (pic via TTD)

Itu reaksi pemain pertahanan Terengganu, Muhammad Zubir Mohd Azmi ketika mengulas statusnya musim depan yang dikatakan sudah berada dalam radar Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Menurut pemain berusia 23 tahun itu, dia tidak menafikan sebelum ini berminat membarisi skuad itu musim depan, tetapi dengan beberapa kemelut melanda antara Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan juga PBNJ, dia kini akan memikirkan semula keputusan untuk bersama skuad itu musim depan.

"Sebelum ini sudah ada perbincangan awal antara saya dengan pegawai PBNJ dan pada dasarnya perbincangan itu menampakkan perkembangan positif kerana saya berhasrat menimba pengalaman baru dengan pasukan itu. Tapi, dengan beberapa isu terkini, saya sudah tidak berminat dan tawar hati," katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar semalam melaporkan, pemain pertahanan kebangsaan itu bersama seorang lagi pemain Terengganu Mohd Nor Farhan Muhamad bakal menyarung jersi skuad terkaya di Malaysia itu. Selain dua pemain itu, turut berada dalam radar skuad Johor DT ialah penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Marlias dan S Kunanlan.

Mengulas lanjut, Zubir berkata, dia turut terkejut mengenai laporan akhbar semalam ketika saingan suku akhir kedua antara Terengganu dan Johor DT belum berlangsung.

"Sepatutnya isu perpindahan itu tidak perlu digembar-gemburkan dalam media kerana saingan Piala Malaysia terutama perlawanan Terengganu dan Johor DT belum berlangsung. Laporan itu sedikit sebanyak menjejaskan imej saya sebagai pemain profesional selain tidak manis dipandang peminat Terengganu," katanya yang masih sayangkan skuad Penyu.

Ketika ditanya adakah dia akan terus menyarung jersi Terengganu musim depan kerana masih mempunyai kontrak setahun, pertahanan kiri itu belum mahu membuat keputusan kerana mahu menumpukan perhatian dalam saingan Piala Malaysia.

"Mungkin selepas Piala Malaysia baru saya akan maklumkan kerana ada dua pasukan juga mahukan khidmat saya," kata pemain kelahiran Kampung Telaga Papan, Setiu itu.

Sementara itu, pengurus pasukan Terengganu Marzuki Sulong berkata, PBSNT tidak menghalang dan menyekat dua pemain itu jika berhajat menyarung jersi mana-mana pasukan termasuk Johor DT, tetapi perlulah melalui saluran betul.

"PBSNT mengamalkan sikap terbuka dalam hal ini, tapi persatuan dan pemain berhajat mendapatkan mana-mana pemain perlulah mengikut prosedur betul mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya. - hmetro

No comments:

Post a Comment