Search This Blog

Sunday, October 5, 2014

Keputusan Penuh Johor Vs Perak Final Bolasepak SUKMA 2014 ... - Bola Sepak Johor Blog

Keputusan Penuh <b>Johor</b> Vs Perak Final <b>Bolasepak</b> SUKMA 2014 <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog


Keputusan Penuh <b>Johor</b> Vs Perak Final <b>Bolasepak</b> SUKMA 2014 <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2014 06:48 AM PDT

Keputusan Penuh Johor Vs Perak Final Bolasepak SUKMA 2014 Perlis

Johor Vs Perak Final Bolasepak SUKMA 2014 3 Jun 2014 | Perak dan Johor bakal membuat perhitungan bagi merebut 'ibu segala pingat' di SUKMA setelah beraksi cemerlang menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir.


KEDUDUKAN TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT

Kedah menang 1-0 Perlis

KEPUTUSAN PENUH JOHOR VS PERAK FINAL BOLASEPAK SUKMA 2014 PERLIS

HT Johor 0 - 2 Perak

FT Johor 1 - 3 Perak

Perak juara Bolasepak SUKMA 2014
Perak menamatkan kemarau 12 tahun untuk merebut ibu segala emas Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 apabila menewaskan Johor 3-1 pada perlawanan akhir bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam ini. 

Perak membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi sebelum Khairul Asyraf Sahizah menambah jaringan pada minit ke-17, hasil kesilapan penjaga gol Johor Sirajuddin Esa yang gagal menangkap bola dengan kemas. 



Babak kedua perlawanan menyaksikan Perak terus menguasai permainan dengan beberapa percubaan gol di gawang pasukan Harimau Selatan. 

Bagaimanapun, Johor menerima sepakan penalti berikutan pemain mereka dikasari oleh pasukan Perak di dalam kotak penalti. 

Shafiq Shaharuddin menyempurnakan tendangan penalti buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-72. 

Perlawanan semakin rancak pada babak kedua sebelum Muhammad Shahrel muncul wira buat skuad 'Boss Gaurus' dengan gol ketiga pada minit ke-88. 

Kali terakhir Perak muncul juara ialah di SUKMA Sabah pada tahun 2002 apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1. 



Perak juga adalah naib juara pada SUKMA Pahang 2012. 

Pingat gangsa menjadi milik Kedah selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perlis 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. 

Muhammad Syafiq Ahmad menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke-70. 

- BERNAMA 





No comments:

Post a Comment