Search This Blog

Saturday, October 24, 2015

TMJ – 'Godfather' Bolasepak Malaysia | FourthOfficial.com - Bola Sepak Johor Blog

TMJ – &#39;Godfather&#39; <b>Bolasepak</b> Malaysia | FourthOfficial.com - Bola Sepak Johor Blog


TMJ – &#39;Godfather&#39; <b>Bolasepak</b> Malaysia | FourthOfficial.com

Posted: 15 Oct 2015 10:04 PM PDT

Photo Credit: Johor DT

Share on Facebook

Share on Twitter

Share on Google+

Share on LinkedIn

Pin to Pinterest

Share on StumbleUpon

+

Originally written by Keeshaanan Sundaresan
Translated by JOHOR Southern Tigers' Media Team

Idola saya – selain ayahanda saya – adalah Fidel Castro. Beliau mungkin seorang komunis, tetapi saya menghormati bagaimana beliau mempertegakkan prinsip yang menjadi pegangannya" – TMJ

Terdapat suatu aura keyakinan tentang DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Ada yang mengatakan ianya daripada darah DiRajanya. Ada yang merasakan yang baginda sememangnya angkuh, namun bukankah itu yang selalu diperkatakan terhadap mereka yang mengetengahkan idea-idea baru dan radikal? Kebanyakan rakyat Malaysia membesar dalam suasana di mana terdapat kejelakkan merentasi generasi terhadap bolasepak tempatan – dan ianya berpunca daripada kegagalan kita secara konsisten di persada utama, dan juga gejala mengatur perlawanan (saya tidak lupa perkara tersebut). Sekiranya tidak jelak dan benci, ianya perasaan tidak yakin. Ianya merupakan sebahagian identiti kita untuk sentiasa mengeluarkan komen dan pandangan yang meragui kebolehan produk kita sendiri.

Kita tidak boleh menyalahkan penyokong juga. Sebagai sebuah negara yang merdeka pada tahun 1957, kita masih tercari-cari identiti diri. Oleh kerana kaburnya nilai identiti kita, ianya bermakna walaupun keutamaan diletakkan kepada mencapai kecemerlangan, akan timbulnya sikap sambil lewa dan kesederhanaan yang akan menjadi perkara biasa; baik dalam bidang pelajaran, sukan mahupun politik.

Photo Credit: Johor DTPhoto Credit: Johor DT

Kemudian, muncul Tunku Ismail yang mengambil alih Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan "memaksa" perubahan dalam persatuan. Tiga tahun kemudian, sebuah pasukan yang mempunyai kurang 100 penonton hadir menyaksikan perlawanan di laman sendiri kini berubah menjadi juara Liga Super Malaysia dua tahun berturut-turut. JDT juga melakar sejarah sebagai pasukan Malaysia pertama yang pernah melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFC.

Mereka mempunyai padang terbaik di Asia Tenggara. Para pemain sentiasa memberi pujian terhadap kemudahan latihan yang disediakan untuk mereka, termasuklah treadmill anti-graviti! Semua anggota dalam struktur kelab dilayan dengan baik dan dibayar gaji mengikut jadual. Mereka juga pernah menandatangani nama-nama terkemuka dalam bolasepak dunia (Dani Guiza dan Pablo Aimar), selain memiliki para pemain terbaik Malaysia dalam pasukan mereka.

Baru-baru ini mereka juga telah melancarkan program pembangunan akar umbi yang komprehensif, yang dibangunkan bersama jurulatih dari Borussia Dortmund. Apa yang lebih baik lagi adalah Tunku Ismail akan bertemu pengurusan Barcelona dan Paris St. Germain untuk memulakan rangkaian usahasama.

Photo Credit: Asiana.myPhoto Credit: Asiana.my

Siapakah orang ini, dan bagaimana beliau mampu melakukan semua tersebut? Amat menakjubkan.

Oleh itu, apabila dimakumkan bahawa permohonan saya untuk menemuramah Tunku Ismail diperkenan, saya amat teruja. Interpretasi masyarakat umum terhadap Tunku Ismail selama ini agak kabur. Kepada segenap lapisan masyarakat, terutamanya Bangsa Johor, Tunku Ismail merupakan seorang pejuang yang mempertegakkan suara rakyat. Kepada yang lain pula, baginda merupakan seorang kerabat raja yang ingin mencari perhatian, dengan menggunakan sukan sebagai saluran untuk meraih modal politik. Namun sifat Tunku Ismail yang berterus-terang bagaikan udara segar dalam situasi semasa.

"Johor bukannya sekadar bolasepak, ianya lebih daripada itu. Ianya merupakan satu saluran untuk menyatupadukan rakyat dan menggalakkan perpaduan dalam masyarakat. Jadi, saya tidak peduli kalau orang menyangka saya menggunakan JDT sebagai satu alat politik, memang itulah yang saya lakukan. Saya tiada apa hendak disembunyikan," titah baginda, dengan senyum sinis bersahaja di wajahnya.

Kenyataan-kenyataan baginda yang radikal tidak diterima dengan baik oleh golongan politik di negara ini, terutama sekali mereka yang memegang jawatan eksekutif dalam FAM. Baginda terlalu muda, sesetengah berkata, cuba mengalihkan fokus daripada kelemahan sendiri. Ianya amalan yang biasa bagi kita, kadangkala tidak mampu menghormati seseorang tanpa mengambil kira usia mereka. "Jangan nilai saya berdasarkan umur saya, tetapi berdasarkan kelayakan dan merit dalam kenyataan-kenyataan saya."

Photo Credit: Omar Zin / FourthOfficial.comPhoto Credit: Omar Zin / FourthOfficial.com

Sejujurnya, soal kredibiliti tidak perlu timbul dalam perbincangan ini. Tunku Ismail menerima pendidikan di Australian International School Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran di Hale School di Perth, Australia. Namun ianya tidak berakhir di situ. Menjadi tradisi untuk putera sulung keluarga DiRaja Johor menjalani latihan ketenteraan, dan Tunku Ismail dilatih di Maktab Tentera India sebagai pegawai kadet. Seperti orang baru yang lain, Tunku Ismail masih ragu-ragu dengan perjalanan hidup baginda di sana.

"Tentulah saya amat takut!" ujar baginda tertawa. "Ianya merupakan tradisi keluarga, saya mesti melakukannya, dan akhirnya saya menerima hakikat tersebut. Kerana pada kemudian hari, saya perlu menerajui Askar Timbalan Setia Negeri Johor, jadi saya fikir latihan tersebut sebagai persiapan saya untuk tanggungjawab tersebut."

Tunku Ismail menyandang jawatan kapten pada tahun 2007 dan kemudiannya muncul sebagai warga asing pertama untuk mengetuai Angkatan Tentera India dalam perbarisan Hari Kebangsaan India, disaksikan oleh Presiden India Dr. A.P.J. Abdul Kalam dan juga Vladamir Putin dari Russia – suatu detik bersejarah yang turut disaksikan oleh ayahanda, DYMM Sultan Ibrahim, yang berangkat ke India semata-mata untuk acara tersebut. Pengalaman dan latihan dalam bidang ketenteraan menjadikan Tunku Ismail individu yang kita kenali pada hari ini.

Photo Credit: KesultananJohorPhoto Credit: KesultananJohor

Dengan jati diri yang teguh, baginda memulakan usaha untuk menghidupkan kembali bolasepak Johor. Pada penghujung tahun 2012, Tunku Ismail mengambil alih PBNJ dan "membersihkan" organisasi tersebut, dilakukan secara menyeluruh tanpa dolak dalik. Namun terdapat kisah disebalik pendekatan tanpa kompromi baginda.

"Saya mengenali seorang dari PBNJ dahulu yang sering datang melihat saya berlatih polo. Beliau selalu memohon agar saya campur tangan dan mengambil alih PBNJ. Beliau selalu memohon kepada saya, mengatakan gejala rasuah memusnahkan bolasepak di negeri ini. Pada masa tersebut, saya mahu tampil untuk membawa perubahan kepada rakyat saya, jadi saya pergi menonton perlawanan liga melibatkan Johor FA di Stadium Pasir Gudang. Hampir tiada orang menonton perlawanan, dan saya terfikir sendiri, apa yang berlaku? Kerana pasukan Johor yang saya ingat sewaktu menonton perlawanan bersama keluarga dahulu mempunyai ramai penyokong.

"Malam itu saya menanam niat untuk mengubah nasib bolasepak Johor. Esok harinya saya mengadakan satu mesyuarat dengan PBNJ dan saya memberitahu bahawa setiap seorang daripada mereka perlu mengosongkan pejabat dan meninggalkan persatuan. Ianya memerlukan permulaan yang baru, dan saya tidak mahu individu-individu yang korup untuk merosakkan usaha tersebut."

Photo Credit: Johor DTPhoto Credit: Johor DT

Perkara pertama yang dilakukan baginda setelah mengambil alih teraju adalah menyatukan pelbagai kelab di bawah PBNJ (Johor FA, Johor FC, MP Muar) dan menyatukannya di bawah satu identiti untuk negeri – Johor Darul Ta'zim, atau lebih dikenali sebagai JDT. Sebuah bahagian pemasaran juga ditubuhkan, dan fokus beralih kepada memantapkan skuad. Penglibatan baginda menarik minat pelbagai penaja dan pelabur, yang membolehkan JDT bersaing bagi menarik perhatian para pemain terbaik negara. Istilah "pasukan kaya Malaysia" mula dikaitkan dengan JDT apabila mereka mula mendapatkan pemain seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan juga Dani Guiza – yang memulakan gelombang di seluruh negara apabila JDT menunjukkan kekuhan kewangannya buat kali pertama.

JDT juga faham bahawa kejayaan tidak boleh diteruskan dalam jangka masa pendek sahaja, dan walaupun tidak meletakkan sasaran tinggi pada tahun 2013, JDT melangkah ke pusingan akhir Piala FA sebelum tewas kepada Kelantan 1-0. Pada tahun tersebut Harimau Selatan juga menduduki tangga ketiga dalam Liga Super, dengan pasukan Lions XII dari seberang tambak menjuarai liga. Pada tahun itu juga di laman facebook JOHOR Southern Tigers memuat naik kata-kata daripada baginda yang berbunyi: "2013 adalah latihan, 2014 masa memanaskan badan dan 2015 adalah masa perlawanan." Ianya sebagai memberikan semangat kepada para penyokong JDT. Apa yang berlaku selepas 2013 kelihatan seolah-olah mengikut skrip. JDT menjadi juara Liga Super 2014, layak ke pusingan akhir Piala Malaysia dan juga ke separuh akhir Piala FA. Kelayakan ke kejohanan Piala AFC juga dalam genggaman – dan sehingga ketika ini, merupakan kejayaan paling manis bagi baginda.

Photo Credit: Johor DTPhoto Credit: Johor DT

"Kita layak ke separuh akhir Piala AFC tahun ini dan ianya sangat hebat. Namun saya tidak akan lupa waktu kita layak ke Piala AFC tahun lepas. Ianya merupakan satu detik penting dalam misi jangka masa panjang kita.

"Apabila saya mula mengambil alih JDT, matlamat saya adalah untuk mencipta sejarah. Dan sejarah dicipta bukan sahaja dengan menjulang piala, tetapi juga dengan membuka mata dunia dengan kewujudan kita, dengan memiliki kemudahan dan organisasi bertaraf dunia. Walaupun kita mahu berjaya di Malaysia, Piala AFC sentiasa menjadi keutamaan, kerana ianya kejohanan benua ini dan menjadi ukuran untuk membandingkan kita dengan para pemain dan pasukan yang lebih handal.

Di sebalik segala transformasi yang berlaku di JDT sejak 2012, perubahan paling besar merupakan inisiatif baginda untuk menggalakkan penglibatan penyokong dengan kelab. Baginda sering mengadakan sesi dialog bersama penyokong, dan ianya tidak terhad kepada penyokong JDT sahaja. Sebelum temuramah saya dengan baginda, Tunku Ismail telah mengadakan dialog terbuka di Stadium Larkin untuk penyokong dari seluruh pelusuk negara, bagi membincangkan cara bagaimana FAM perlu berubah.

Photo Credit: Omar Zin/FourthOfficial.comPhoto Credit: Omar Zin/FourthOfficial.com

Terdapat satu detik yang meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir. Setelah lebih daripada sejam berdialog, seorang wakil Ultras Malaya bangun dan bertanyakan cadangan untuk kaedah-kaedah alternatif bagi mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka, setelah mereka dijadikan kambing hitam setelah insiden membaling suar semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Arab Saudi bulan lalu. Respons baginda adalah ringkas tetapi mantap: "Biar saya wakili anda. Biar saya wakili setiap seorang daripada anda, saya akan menjadi perantara dan akan menyampaikan segala permasalahan anda kepada mereka." Tepukan dan sorakan gemuruh memenuhi bilik media dengan serta-merta.

Adakah baginda ikhlas dengan kenyataan tersebut? Atau adakah ianya kenyataan difikirkan dengan rapi dengan niat politik? Ianya tidak penting, kerana serangan demi serangan berdasarkan fakta dan intelek oleh baginda terhadap FAM mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap baginda. Terdapat perbezaan antara kemarahan dan perbezaan pendapat – kenyataan-kenyataan TMJ (baru-baru ini, sekurang-kurangnya) menggambarkan perbezaan pendapat. Namun begitu, saya tetap bertanyakan soalan kontroversi kepada baginda. "Adakah Tunku menggunakan kegagalan FAM untuk menarik orang ramai bersama Tunku?" Sekali lagi, sifat berterus-terang baginda terserlah.

"Ada yang mengatakan saya melakukannya untuk menarik perhatian orang ramai. Ada benarnya juga. Tetapi saya juga menyuarakan pendapat saya, kerana FAM terus menerus membuat keputusan yang tidak betul. Mengapa anda melantik jurulatih pasukan kebangsaan yang mempunyai sejarah mengatur perlawanan? Mengapa FAM memerlukan sehingga 40% hasil yang bakal disalurkan oleh MP & Silva tahun depan? Bagaimana Presiden FAM boleh mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam proses membuat keputusan berhubung pelantikan Dollah tahun lepas?

Photo Credit: Omar Zin/FourthOfficial.comPhoto Credit: Omar Zin/FourthOfficial.com

"Keputusan saya untuk bersuara tidak perlu dikaitkan dengan sesiapa. Saya melakukannya kerana saya merasakan itulah yang sepatutnya dilakukan. Bolasepak bukan milik FAM, ianya milik ahli gabungan dan ianya milik rakyat. FAM hanyalah badan pentadbir, tidak lebih, tidak kurang. Oleh itu, perlu perubahan dalam kepimpinannya.

"Siapa yang boleh mengambil alih? Saya pun tidak pasti. Orang seperti saya dan Tan Sri Annuar Musa akan sentiasa melebihkan Johor dan Kelantan. Sebagai Presiden FAM, seseorang itu perlu belaku adil dalam membuat keputusan, tetapi saya tidak mampu melakukan yang demikian. Johor lebih utama pada saya, sebelum Malaysia. Khairy Jamaluddin mungkin calon yang paling sesuai, tetapi saya rasa mungkin beliau juga kurang berminat untuk kembali ke FAM."

Bias Tunku Ismail kapada Johor dicerminkan dengan kemajuan yang dikecapi JDT dalam tiga tahun kebelakangan ini. Mereka tidak pernah selesa dengan apa yang dicapai – ianya merupakan usaha gigih yang berterusan sejak hari pertama apabila mereka meninggalkan seluruh Malaysia di belakang. Hari ini, terdapat beberapa kelab yang mampu menandingi kewangan JDT, tetapi boleh dikatakan tiada yang diuruskan secara professional sebagaiamana JDT. Mereka mempunyai perancangan yang diatur untuk menghantar bakat-bakat muda untuk latihan di kelab-kelab terkemuka Eropah. Pembinaan sebuah stadium dan akademi latihan baru juga akan dilaksanakan. Setiap pencapaian menjadi keinginan untuk berkembang pesat sebagai sebuah pasukan. Setiap kata-kata motivasi yang tertera di dinding-dinding di Stadium Larkin merupakan tanda semangat tersebut. Baginda tidak mempunyai niat untuk berhenti berusaha.

Johor DTJohor DT

"Dalam masa lima hingga sepuluh tahun dari sekarang, kita berharap untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik Asia. Namun tiada had bagi semua ini. Kita tidak boleh berhenti berusaha dan mengatakan yang kita sudah cukup berjaya. Ianya suatu perjalanan yag berterusan, kita tidak boleh terlalu selesa. Saya sentiasa mengingatkan semua dalam kelab ini, penghalang kemajuan yang paling utama adalah sifat malas dan selesa. Hari di mana para pemain dan kakitangan JDT berasa selesa dengan pencapaian mereka, itulah hari kelab berkubur.

"Saya tidak akan membenarkan ia berlaku, dan melihat kepada keadaan sekarang, saya rasa para penyokong juga tidak akan membenarkan ianya berlaku. Di Johor, sejak zaman berzaman kita digalakkan untuk bersatu dan komited dalam memperjuangkan sesuatu. Jadi walaupun ahli politik sentiasa memainkan sentimen perkauman, Bangsa Johor sentiasa bersatu, dan perpaduan itulah yang menjadi tulang belakang kelab ini."

Saya terus melontarkan satu lagi soalan kontroversi: "Tidakkah Tunku merasakan bahawa kenyataan bersifat kenegerian seperti yang disiarkan di media sosial, akan menimbulkan perpecahan di peringkat nasional?" Baginda tersenyum, dan bertitah: "Saya bakal menjadi Sultan negeri ini dan tanggungjawab utama saya adalah rakyat negeri Johor. Malaysia penting bagi saya, tetapi Johor dan JDT sentiasa saya utamakan.

Photo Credit: Johor DTPhoto Credit: Johor DT

"Rakyat patut tahu, bahawa kekusutan di negara kita sekarang ini tiada kaitan dengan keluarga DiRaja Johor. Sejak sekian lama kita telah berdiri teguh, berdikari dan bijak. Kita menyertai Persekutuan Tanah Melayu pun dengan kedua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, dan sekiranya terdapat syarat-syarat tersebut dilanggar, kita berhak menarik diri. Anda boleh menuduh saya memainkan sentimen kenegerian, tetapi pada saya, saya sekadar menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka berkenaan sejarah dan warisan bumi bertuah ini.

"Bertahun-tahun daripada sekarang, takdirnya jika saya meninggalkan JDT, rakyat Johor harus tahu bahawa tiada apa untuk dirisaukan. Struktur yang saya terapkan hari ini bermakna, setiap orang – baik Presiden, pemain mahupun kakitangan – mungkin datang dan pergi, tetapi falsafah dan panduan kelab akan memastikan kestabilan jangka masa panjang. Itu saya boleh janji." Titah baginda lagi.

Beberapa hari selepas temuramah ini, Tunku Ismail berangkat ke Argentina, di mana baginda akan mengambil bahagian dalam sebuah kejohanan polo terkemuka. Namun baginda telah membuat perancangan. Sebaik berangkat pulang ke Johor nanti, baginda akan mengatur mesyuarat bersama MP & Silva, FAM dan juga Football Malaysia LLP – di mana baginda akan mengetengahkan proposal dengan senarai komprehensif cadangan yang mampu mengekang kemerosotan bolasepak Malaysia. Melantik jurulatih luar yang berpengalaman bagi pasukan kebangsaan,membubarkan program Harimau Muda, dan memberikan kelab-kelab di Malaysia hak penyiaran mereka yang selayaknya. Tetapi dalam saya mengakhiri temuramah ini, baginda masih tidak yakin dengan kesungguhan dan kesudian FAM untuk menerima cadangan-cadangan baginda, namun ianya tidak akan menghalang baginda daripada meneruskan hasrat untuk mengadakan mesyuarat tersebut.

Photo Credit: Omar Zin / FourthOfficial.comPhoto Credit: Omar Zin / FourthOfficial.com

Temuramah saya berakhir di situ dan perkara pertama yang saya lakukan adalah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keikhlasan dan sifat terus terang baginda. Saya bersalam dengan baginda, mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota keselamatan baginda, sebelum menuju ke tempat letak kereta Hotel Thistle. Saya masuk ke kereta dan memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan pulang selama tiga jam memberikan saya banyak masa untuk berfikir. Cara baginda mungkin radikal, tetapi ada yang berpendapat ianya membawa perubahan. Kenyataan baginda mungkin menimbulkan provokasi, tetapi ianya juga jujur. Tindakan baginda mungkin kelihatan bersifat sementara, tetapi ianya juga merevolusikan. Dan cadangan-cadangan baginda kepada FAM mungkin dipengaruhi kepentingan diri, tetapi ianya juga merupakan kepimpinan progresif.

Namun apa yang dilaksanakan baginda, selain memartabatkan bolasepak Johor, adalah menjadi sinar harapan bagi peminat bolasepak tanah air. Sebelum ini kebanyakan individu tidak mempunyai suara, kini mereka mempunyai harapan dengan adanya Tunku Ismail. Dan suara baginda juga merupakan faktor penting dalam menekan FAM. Walaupun korupsi dan gejala mengatur perlawanan mengambil masa untuk diatasi, banyak perubahan besar boleh berlaku dengan tekanan secara kolektif daripada penyokong. Nampaknya masanya sudah hampir. Kelab-kelab penyokong dari seluruh negara kini bersatu dalam membantah FAM, Ultras Malaya mendapat sokongan Tunku Ismail dan mereka yang atas pagar kini mengambil inisiatif untuk meyuarakan ketidakpuasan hati mereka di media sosial. Kepada FAM, bola sekarang di kaki anda, kerana revolusi ini tidak akan padam dalam masa terdekat ini.

Saya kenalkan anda dengan "Godfather" Bolasepak Malaysia.

Wednesday, September 16, 2015

Tolong Sampaikan Mesej Saya Ini Kepada Persatuan Bola Sepak ... - Bola Sepak Johor Blog

Tolong Sampaikan Mesej Saya Ini Kepada Persatuan <b>Bola Sepak</b> <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog


Tolong Sampaikan Mesej Saya Ini Kepada Persatuan <b>Bola Sepak</b> <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2015 10:08 PM PDT


Nampaknya kekalahan besar pasukan bola sepak Malaysia 10 - 0 ditangan UAE yang memalukan semalam dalam pusingan kelayakan Piala Dunia zon Asia telah membuatkan skuad Harimau Malaya, Jurulatih Dollah Salleh dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menerima kritikan yang hebat.

Kalau dilihat di laman sosial Facebook hari, tajuk perbincangan pengguna laman sosial banyak terarah kepada kekalahan besar yang memalukan tersebut kerana ia adalah kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan rekod kekalahan terbesar skuad Malaysia sebelum ini adalah 48 tahun lalu pada 16 November 1967 apabila kita tumpas 2 - 8 ditangan New Zealand di Kuala Lumpur.

Kerana kekalahan besar tersebut, ia telah menarik perhatian DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di mana beliau telah menghantar satu mesej kepada badan induk bola sepak Malaysia berkenaan.

Berikut adalah mesej yang disampaikan oleh Baginda melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers kepada FAM.

Tolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan kebangsaan. Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70% hingga 80%. Setakat untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar dan menguruskan liga tempatan, FAM tidak perlu lebih daripada 20% hingga 25% bahagian daripada hak penyiaran.

Pembangunan akar umbi boleh dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan bolasepak negeri dan kelab-kelab. FAM juga harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan latihan sebagai satu aspek yang wajib dijalankan. Dengan hasil daripada hak penyiaran dan juga penajaan, ianya mampu dilaksanakan. Khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting. Sebagai contoh, mengapa terdapat perbezaan apabila pemain JDT bermain untuk negara berbanding kelab? Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50% adalah kejurulatihan dan 50% adalah pemain.

Dari segi mentaliti pemain, satu-satunya perkara yang boleh memupuk sikap profesionalism adalah Akademi. Di sini dilihat kepentingan pendidikan. Para pemain yang sedia ada kini tidak boleh diselamatkan. Bukanlah salah mereka, tetapi salah FAM dan semua pasukan termasuk Johor, yang telah gagal dengan program pembangunan akar umbi kita sejak dahulu lagi. Kita perlukan kepakaran luar, dan kita para pendukung bolasepak tanah air perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh mengubah sikap pemain bolasepak negara. Oleh itu, mana-mana ahli jawatankuasa dalam FAM yang telah lama tetapi tidak berfungsi, lebih baik bercuti panjang sahajalah. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air.

Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

- Siakapkeli.my

TMJ letak jawatan dari Persatuan <b>Bolasepak Johor</b> | SarawakCrocs <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2015 06:18 AM PDT

Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah diistiharkan telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada pukul 5 petang tadi.

YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang baharu dan beliau akan meneruskan segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi PBNJ yang telah ditetapkan.

Berita mengejut tersebut dikhabarkan melalui laman rasmi Johor Darul Ta'zim oleh Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Buat masa ini, tidak diketahui punca TMJ meletak jawatan walaupun sebelum ini beliau telah menyelar pihak yang irihati terhadap pasukan JDT.

Comments

comments

Wednesday, September 2, 2015

Bola Sepak : Johor Darul Ta'zim FC Juara Liga Super 2015 ... - Bola Sepak Johor Blog

<b>Bola Sepak</b> : <b>Johor</b> Darul Ta&#39;zim FC Juara Liga Super 2015 <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog


<b>Bola Sepak</b> : <b>Johor</b> Darul Ta&#39;zim FC Juara Liga Super 2015 <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2015 04:18 PM PDT

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan berjaya merangkul kejuaraan Liga Super 2015 sekaligus mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Walaupun pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Mario Gomez ini tewas 1-2 kepada Felda United dalam perlawanan terakhir Liga Super 2015 pasukan JDT FC berjaya merangkul kejuaraan apabila pasukan pencabar mereka Pahang atau Tok Gajah tewas 1-3 di tangan pasukan Terengganu. Kejayaan ini ternyata manis buat pasukan Harimau Selatan yang mempunyai barisan pemain-pemain terbaik selain menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan dengan keazaman yang tinggi mempertahankan kejuaraan mereka.

Bual Sukan percaya dengan kejayaan manis ini, pasukan JDT FC pastinya akan berusaha mencapai kejayaan dalam saingan Piala Malaysia 2015 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain terbaik ini tidak mustahil mereka mampu mencapai kejayan dalam saingan Piala Malaysia 2015 akan datang. Pasukan JDT FC juga akan mewakili pasukan Malaysia ke saingan Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia atau AFC Champions League  2016 akan datang. Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Selatan atas kejayaan ini serta selamat berjuang dalam saingan Suku Akhir Piala AFC 2015 serta Piala Malaysia 2015 akan datang.

plus1

Monday, August 31, 2015

TMJ: Anda semua tetap 'legend' dalam bola sepak Malaysia - Bola Sepak Johor Blog

TMJ: Anda semua tetap &#39;legend&#39; dalam <b>bola sepak</b> Malaysia - Bola Sepak Johor Blog


TMJ: Anda semua tetap &#39;legend&#39; dalam <b>bola sepak</b> Malaysia

Posted: 13 Jul 2015 04:35 PM PDT

tmj

TITAH UCAPAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada UltraSel, Selangor yang memberi sokongan kepada pemain-pemain Selangor. Walaupun apa keputusan untuk malam ini, anda semua tetap 'legend' dalam bola sepak Malaysia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor yang telah berjaya dengan kemenangan pada malam ini.

Untuk makluman anda semua, baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju. Saya tidak payah menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak Johor. Saya tidak payah menjadi Royal Patron untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua untuk memajukan bola sepak Johor.

Ikrar saya berjanji di hadapan Bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri. Muafakat itu berkat, jangan lupa Allah peliharakan Sultan. Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Hari Raya kepada semua.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber: JOHOR Southern Tigers


Thursday, August 27, 2015

TMJ letak jawatan dari Persatuan Bolasepak Johor | SarawakCrocs ... - Bola Sepak Johor Blog

TMJ letak jawatan dari Persatuan <b>Bolasepak Johor</b> | SarawakCrocs <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog


TMJ letak jawatan dari Persatuan <b>Bolasepak Johor</b> | SarawakCrocs <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2015 06:18 AM PDT

Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah diistiharkan telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada pukul 5 petang tadi.

YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang baharu dan beliau akan meneruskan segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi PBNJ yang telah ditetapkan.

Berita mengejut tersebut dikhabarkan melalui laman rasmi Johor Darul Ta'zim oleh Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Buat masa ini, tidak diketahui punca TMJ meletak jawatan walaupun sebelum ini beliau telah menyelar pihak yang irihati terhadap pasukan JDT.

Comments

comments

Wednesday, August 26, 2015

Bola Sepak : Johor Darul Ta'zim FC Juara Liga Super 2015 - Bola Sepak Johor Blog

<b>Bola Sepak</b> : <b>Johor</b> Darul Ta&#39;zim FC Juara Liga Super 2015 - Bola Sepak Johor Blog


<b>Bola Sepak</b> : <b>Johor</b> Darul Ta&#39;zim FC Juara Liga Super 2015

Posted: 23 Aug 2015 12:18 AM PDT

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan berjaya merangkul kejuaraan Liga Super 2015 sekaligus mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Walaupun pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Mario Gomez ini tewas 1-2 kepada Felda United dalam perlawanan terakhir Liga Super 2015 pasukan JDT FC berjaya merangkul kejuaraan apabila pasukan pencabar mereka Pahang atau Tok Gajah tewas 1-3 di tangan pasukan Terengganu. Kejayaan ini ternyata manis buat pasukan Harimau Selatan yang mempunyai barisan pemain-pemain terbaik selain menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan dengan keazaman yang tinggi mempertahankan kejuaraan mereka.

Bual Sukan percaya dengan kejayaan manis ini, pasukan JDT FC pastinya akan berusaha mencapai kejayaan dalam saingan Piala Malaysia 2015 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain terbaik ini tidak mustahil mereka mampu mencapai kejayan dalam saingan Piala Malaysia 2015 akan datang. Pasukan JDT FC juga akan mewakili pasukan Malaysia ke saingan Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia atau AFC Champions League  2016 akan datang. Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Selatan atas kejayaan ini serta selamat berjuang dalam saingan Suku Akhir Piala AFC 2015 serta Piala Malaysia 2015 akan datang.

Mengejutkan, Mengapa TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2015 06:31 PM PDT


Tunku Mahkota Johor diumumkan telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, berkuatkuasa semalam.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya.

Hal itu sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak kerana Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menyatakan sebarang alasan di sebalik peletakan jawatan itu.

Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi (semalam- 12 Julai 2015).

"Untuk makluman semua, YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

"Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.

"Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi (semalam- 12 Julai 2015).

"Untuk makluman semua, YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

"Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan," demikian memetik kenyataan itu. -Siakapkeli.my

Sunday, August 16, 2015

Bola Sepak Johor Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ | Perak Today - Bola Sepak Johor Blog

<b>Bola Sepak Johor</b> Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ | Perak Today - Bola Sepak Johor Blog


<b>Bola Sepak Johor</b> Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ | Perak Today

Posted: 14 Jul 2015 01:15 AM PDT

JOHOR BARU: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bola sepak Johor tetap maju walaupun beliau bukan lagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Mahkota Johor itu berkata bahawa beliau juga tidak perlu menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak negeri.

"Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju.

"Saya tidak payah menjadi Penaung Diraja untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua (penyokong) untuk memajukan bola sepak Johor.

"Ikrar saya di hadapan bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri," katanya.

Tunku Ismail yang menyaksikan perlawanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor pada aksi tunggal saingan Liga Super bertitah demikian sejurus tamat perlawanan tersebut, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Mario Gomez itu menewaskan Selangor 3-1.

Skuad Harimau Selatan dan pasukan Gergasi Merah sepatutnya bertemu pada 8 Julai lepas, namun, perlawanan ditunda malam tadi berikutan terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, 9 Julai lepas.

Berucap depan lebih 11,000 penonton, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada JDT atas kemenangan tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada kelab penyokong Ultra Selangor yang memberi sokongan kepada pemain Gergasi Merah.

Tunku Ismail, dua hari lepas mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.-mstar

Comments

Kerjasama JDT-Dortmund tingkat pembangunan <b>bola sepak Johor</b>

Posted: 03 Jul 2015 06:44 AM PDT

JDT_Borussia_Dortmund.transformed

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund akan membantu Johor dalam melahirkan lebih banyak pemain bola sepak muda berbakat pada masa depan. Perunding bola sepak Johor, Serbegeth Singh berkata, menerusi kerjasama itu, ia tidak hanya terbatas kepada pembangunan taktikal dan pendidikan kejurulatihan, namun turut memberi fokus kepada sains sukan dalam bola sepak.

"Kami mempunyai hubungan baik dengan mereka (Borrusia Dortmund). Mereka mempunyai pembangunan bola sepak remaja yang menyeluruh. Mereka telah melahirkan banyak pemain muda berbakat di negara mereka dan akan terus melahirkan pemain-pemain seumpama itu, maka kerjasama ini sangat penting.

"Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat menitikberatkan program pembangunan belia negeri itu. "Untuk kelab, mereka perlu mengekalkan dari segi pencapaian bagi suatu tempoh dalam melahirkan pemain sendiri," katanya. Serbegeth Singh yang juga dikenali sebagai Shebby Singh, berkata kejayaan sesebuah pasukan itu bergantung kepada struktur pembangunan yang sistematik dan cekap.

"Apa yang membuatkan pemain Jerman dalam kalangan pemain yang paling cergas di dunia? Bagaimana mereka mencapai tahap ini dan dari kumpulan umur yang berbeza. Mereka juga mempunyai keperluan pemakanan dan kecergasan yang berbeza. "Kami belajar dengan pasukan yang terbaik, yang kita cuba untuk menerima pakai amalan yang baik daripada kelab terbaik.

"Borrusia Dortmund telah dipilih…ia seperti memperoleh kepakaran yang mereka ada," katanya sambil menambah bahawa program pembangunan di peringkat akar umbi dengan Borussia Dortmund bermula sejak Februari lalu.

Serbegeth berkata Johor mempunyai lima pasukan yang terdiri daripada JDT sebagai pasukan utama, selain JDT II, JDT III, JDT IV dan JDT V untuk musim ini. JDT dijangka mengadakan perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund (BVB) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 9 Julai ini. – BERNAMA

jdt vs bvb

Sumber: Berita Harian


UMNO JOHOR | Di Sini Lahirnya - <b>Bolasepak Johor</b> Tetap Maju <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2015 09:00 AM PDT

Kategori Berita Utama

Bolasepak Johor Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ Sebagai Presiden

JOHOR BAHARU, 15 Julai — Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bola sepak Johor tetap maju walaupun baginda bukan lagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Mahkota Johor itu bertitah baginda juga tidak perlu menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak negeri.

"Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju.

TMJ"Saya tidak payah menjadi Penaung Diraja untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua (penyokong) untuk memajukan bola sepak Johor.

"Ikrar saya di hadapan bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri," titah baginda.

Tunku Ismail yang menyaksikan perlawanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor pada aksi tunggal saingan Liga Super bertitah demikian sejurus tamat perlawanan tersebut, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini
malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Mario Gomez itu menewaskan Selangor 3-1.

Skuad Harimau Selatan dan pasukan Gergasi Merah sepatutnya bertemu pada 8 Julai lepas, namun, perlawanan ditunda malam tadi berikutan terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, 9 Julai lepas.

Bertitah depan lebih 11,000 penonton, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada JDT atas kemenangan tersebut.

Baginda turut mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada kelab penyokong Ultra Selangor yang memberi sokongan kepada pemain Gergasi Merah.

Tunku Ismail, dua hari lepas mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.


TMJ letak jawatan dari Persatuan <b>Bolasepak Johor</b> | SarawakCrocs <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2015 06:18 AM PDT

Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah diistiharkan telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada pukul 5 petang tadi.

YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang baharu dan beliau akan meneruskan segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi PBNJ yang telah ditetapkan.

Berita mengejut tersebut dikhabarkan melalui laman rasmi Johor Darul Ta'zim oleh Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Buat masa ini, tidak diketahui punca TMJ meletak jawatan walaupun sebelum ini beliau telah menyelar pihak yang irihati terhadap pasukan JDT.

Comments

comments

Friday, August 14, 2015

TMJ: Anda semua tetap 'legend' dalam bola sepak Malaysia - Bola Sepak Johor Blog

TMJ: Anda semua tetap &#39;legend&#39; dalam <b>bola sepak</b> Malaysia - Bola Sepak Johor Blog


TMJ: Anda semua tetap &#39;legend&#39; dalam <b>bola sepak</b> Malaysia

Posted: 13 Jul 2015 04:35 PM PDT

tmj

TITAH UCAPAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada UltraSel, Selangor yang memberi sokongan kepada pemain-pemain Selangor. Walaupun apa keputusan untuk malam ini, anda semua tetap 'legend' dalam bola sepak Malaysia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor yang telah berjaya dengan kemenangan pada malam ini.

Untuk makluman anda semua, baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju. Saya tidak payah menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak Johor. Saya tidak payah menjadi Royal Patron untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua untuk memajukan bola sepak Johor.

Ikrar saya berjanji di hadapan Bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri. Muafakat itu berkat, jangan lupa Allah peliharakan Sultan. Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Hari Raya kepada semua.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber: JOHOR Southern Tigers


Saturday, January 3, 2015

JDT ada kelebihan - Bapa bola sepak Johor | Astro Awani - Bola Sepak Johor Blog

JDT ada kelebihan - Bapa <b>bola sepak Johor</b> | Astro Awani - Bola Sepak Johor Blog


JDT ada kelebihan - Bapa <b>bola sepak Johor</b> | Astro Awani

Posted: 28 Oct 2014 06:58 AM PDT

JDT ada kelebihan - Bapa bola sepak Johor

SULEIMAN: Selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan. -Foto BERNAMA

close

The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.

JOHOR BAHARU: Perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang pada Sabtu ini, peluang terbaik bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang piala berprestij bola sepak negara itu selepas kali terakhir pada 1991.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Suleiman Mohd Noor berkata selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan.

Suleiman yang digelar 'Bapa Bola Sepak Johor' berkata Skuad Harimau Selatan itu mempunyai kelebihan sama ada dari segi pemain, pengurusan mahu pun penyokong yang mantap.

"Pemain JDT mempunyai kemahiran hebat, corak permainan tersusun selain pengurusan terbaik. Selepas 23 tahun, saya amat yakin sudah tiba masanya untuk kita bawa pulang piala ini ke Johor buat kali ketiga.

"Namun, untuk menewaskan Pahang, pemain perlu fokus 100 peratus, mempunyai stamina bermain lebih 100 minit dan cukup bermotivasi untuk menang kerana lawan bukan calang-calang pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Stulang, dekat sini, hari ini.

Suleiman turut mengingatkan pemain JDT agar berhati-hati kerana ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, mampu menjadi pencetus semangat kepada anak buahnya.

Selain mengecap kejuaraan pada 1991, Johor pernah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada 1985 menerusi jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad untuk mengalahkan Kuala Lumpur.

Pada 1991, penyerang dari Croatia, Ervin Boban mencipta hatrik untuk menewaskan Selangor 3-1 sekali gus memastikan Johor kembali menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.

Andai berjaya menewaskan skuad Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, JDT akan mengulangi pencapaian 1991 dengan meraih kejuaraan berganda iaitu Piala Malaysia dan juara liga.

Dalam pada itu, Suleiman, 85, turut memuji tindakan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bekerja keras dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor.

"Saya anggap Sabtu ini sebagai penentu sama ada kita sudah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Johor atau tidak.

"Pihak pengurusan sudah cuba mendapatkan sebuah pasukan yang mantap tetapi saya harap, jika kecundang pemain jangan patah semangat kerana tahun depan masih ada," katanya yang meramal JDT bakal menewaskan Pahang 2-1.

JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Felda United 3-1 pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini Sabtu lepas, menjadikan agregat 6-5.

Pahang pula menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: JDT, Suleiman Mohd Noor, Bapa Bola Sepak Johor, Harimau Selatan

Budaya Samseng ; Kelab Penyokong <b>Bolasepak Johor</b> Dibubar <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2014 08:12 AM PST

Budaya Samseng ; Kelab Penyokong Bolasepak Johor Dibubar

KUALA LUMPUR – Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firms (IJF) mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Laman Facebook IJF dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan kumpulan tersebut yang menimbulkan kekecohan yang timbul di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi ditimbulkan oleh IJF.

"Akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, kami IJF akan di bubarkan mulai saat ini.

"Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam semalam, semua pihak menuding jari ke arah kami. Kononnya kami punca semuanya. Kami ingin bertanya berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di stadium itu semalam?" kata kenyataan itu hari ini.

IJF mendakwa, gaya penyokong bola sepak tempatan bertopeng bukan sahaja diamalkan oleh anggota IJF tetapi oleh ramai penyokong pasukan bola sepak lain.

inter johor firms2

Kenyataan itu turut menafikan akaun Facebook milik Danial yang terlibat dalam serangan ke atas penyokong Vietnam seperti disebarkan dalam media sosial adalah anggota IJF.

Dakwa IJF, sejak kebelakangan ini ramai pengguna Facebook mengaku anggota IJF dengan menggunakan logo dan gambar kumpulan tersebut secara sesuka hati untuk memburuk-burukkan IJF.

IJF turut menafikan kumpulan tersebut merosakkan bas di tempat letak kenderaan di kawasan Go Kart berhampiran Stadium Shah Alam.

"Kami `parking' di kawasan Giant. Sangat jauh untuk ke sana semata-mata nak provok dan baling batu.

"Janganlah risau. Tidak akan nampak lagi kelibat kami di stadium anda malahan di stadium kami sendiri. Kami buat begini kerana akur dengan titah Tunku Mahkota Johor kami, bukan sebab anda semua," kata kenyataan itu. - MYNEWSHUB.CC

Penyokong <b>Johor</b> (Negeri BN) Punca Samseng <b>Bolasepak</b> | Negara <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2014 10:02 PM PST

December 10, 2014

Penyokong Johor (Negeri BN) Punca Samseng Bolasepak

Kecoh-kecoh Menteri Belia & Sukan mengenai samseng bolasepak ini, menimbulkan pertanyaan, apa yang cuba dikejar dengan mensensasikan isu itu?  Yang jadi samseng pun bukannya orang lain tapi penyokong bola dari negeri yang UMNO/BN perintah juga, Johor.

Disitulah 'kilang' penghasilan samseng bolasepak di negara ini pun, lebih-lebih lagi sejak pasukan JDT menyerlah dalam pertandingan Liga Super dan sebagainya.

Kalau dulu, boleh tuduh penyokong Kelantan tapi gedebe gedebe penyokong Kelantan pun, mereka tidak sampai berpakaian macam Ninja, serba hitam menutup muka dan sebagainya untuk memukul penyokong pasukan lawan.  Penyokong Kelantan dulu gentle, tak tutup muka ini semua.

Lagipun, takat ganas mana sangat penyokong Kelantan dulu, habis-habis teruk pun setakat bakar lori pasukan keselamatan sahaja, itu tak sengaja dan ia setakat di liga domestik, tak membabitkan negara luar.

Yang penyokong Johor, kesamsengan mereka melarat bukan setakat perlawanan liga tempatan, tapi dah masuk peringkat antarabangsa dah ni. Buat malu negara saja.

Samseng bola Johor memang terlibat, dibuktikan dengan pengharaman sebuah kelab penyokong bolasepak Johor dari memasuki Stadium Larkin setelah berlaku insiden yang memalukan di Shah Alam.  Ini kalau bukan bukti kukuh bahawa penyokong bolasepak Johor memanh samseng, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Jadi, Khairy jangan cuba nafikan bahawa samseng-samseng ini memang budaya yang disuburkan UMNO, sebab itu yang jadi samseng bolasepak peringkat antarabangsa pun ialah dari negeri yang UMNO perintah juga, Johor.

Apa pun, ini bukan isu politik, ini isu jenayah dimana itu kerja polis, bukan kerja Menteri, apatah lagi Menteri Belia & Sukan pakai #stokinpink.  Toksah sibuk-sibuklah, selesaikan masalah padang di Bukit Jalil tu dulu yang sehingga kini masih tak selesai walaupun berjuta wang rakyat dah keluar.

Cepat selesai masalah padang Bukit Jalil, cepatlah perlawanan bolasepak peringkat antarabangsa boleh diadakan disitu, tanpa melibatkan stadium Shah Alam yang terletak dalam negeri Selangor – negeri Pakatan Rakyat.  Tak pasal-pasal, orang Selangor dapat malu walaupun yang jadi beruknya ialah penyokong bola samseng dari Johor.

Selangor patut memikirkan untuk mengharamkan penyokong Johor dari masuk ke Stadium Shah Alam selepas ini.  Tidak ada apa salah dengan keputusan itu sebab negeri Johor sendiri haramkan kelompok kumpulan penyokong tertentu dari masuk ke Stadium Larkin.

Kenapa kita tidak boleh?  Apatah lagi kegagalan Khairy menyelesaikan masalah rumput padang di Stadium Bukit Jalil, memungkinkan beberapa lagi perlawanan antarabangsa diadakan di Shah Alam, maka memang patut kalau penyokong bola samseng Johor ini diharamkan dari masuk.

Jika masalah sangat nak kenal pasti samseng bola Johor yang mana satu, haramkan saja semua sekali, selesai masalah.

Posted By negara rakyat December 10, 2014 at 6:02 am