<b>Bola Sepak Johor</b> Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ | Perak Today - Bola Sepak Johor Blog |
- <b>Bola Sepak Johor</b> Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ | Perak Today
- Kerjasama JDT-Dortmund tingkat pembangunan <b>bola sepak Johor</b>
- UMNO JOHOR | Di Sini Lahirnya - <b>Bolasepak Johor</b> Tetap Maju <b>...</b>
- TMJ letak jawatan dari Persatuan <b>Bolasepak Johor</b> | SarawakCrocs <b>...</b>
<b>Bola Sepak Johor</b> Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ | Perak Today Posted: 14 Jul 2015 01:15 AM PDT JOHOR BARU: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bola sepak Johor tetap maju walaupun beliau bukan lagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Tunku Mahkota Johor itu berkata bahawa beliau juga tidak perlu menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak negeri. "Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju. "Saya tidak payah menjadi Penaung Diraja untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua (penyokong) untuk memajukan bola sepak Johor. "Ikrar saya di hadapan bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri," katanya. Tunku Ismail yang menyaksikan perlawanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor pada aksi tunggal saingan Liga Super bertitah demikian sejurus tamat perlawanan tersebut, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam tadi. Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Mario Gomez itu menewaskan Selangor 3-1. Skuad Harimau Selatan dan pasukan Gergasi Merah sepatutnya bertemu pada 8 Julai lepas, namun, perlawanan ditunda malam tadi berikutan terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, 9 Julai lepas. Berucap depan lebih 11,000 penonton, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada JDT atas kemenangan tersebut. Beliau turut mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada kelab penyokong Ultra Selangor yang memberi sokongan kepada pemain Gergasi Merah. Tunku Ismail, dua hari lepas mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.-mstar Comments |
Kerjasama JDT-Dortmund tingkat pembangunan <b>bola sepak Johor</b> Posted: 03 Jul 2015 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund akan membantu Johor dalam melahirkan lebih banyak pemain bola sepak muda berbakat pada masa depan. Perunding bola sepak Johor, Serbegeth Singh berkata, menerusi kerjasama itu, ia tidak hanya terbatas kepada pembangunan taktikal dan pendidikan kejurulatihan, namun turut memberi fokus kepada sains sukan dalam bola sepak. "Kami mempunyai hubungan baik dengan mereka (Borrusia Dortmund). Mereka mempunyai pembangunan bola sepak remaja yang menyeluruh. Mereka telah melahirkan banyak pemain muda berbakat di negara mereka dan akan terus melahirkan pemain-pemain seumpama itu, maka kerjasama ini sangat penting. "Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat menitikberatkan program pembangunan belia negeri itu. "Untuk kelab, mereka perlu mengekalkan dari segi pencapaian bagi suatu tempoh dalam melahirkan pemain sendiri," katanya. Serbegeth Singh yang juga dikenali sebagai Shebby Singh, berkata kejayaan sesebuah pasukan itu bergantung kepada struktur pembangunan yang sistematik dan cekap. "Apa yang membuatkan pemain Jerman dalam kalangan pemain yang paling cergas di dunia? Bagaimana mereka mencapai tahap ini dan dari kumpulan umur yang berbeza. Mereka juga mempunyai keperluan pemakanan dan kecergasan yang berbeza. "Kami belajar dengan pasukan yang terbaik, yang kita cuba untuk menerima pakai amalan yang baik daripada kelab terbaik. "Borrusia Dortmund telah dipilih…ia seperti memperoleh kepakaran yang mereka ada," katanya sambil menambah bahawa program pembangunan di peringkat akar umbi dengan Borussia Dortmund bermula sejak Februari lalu. Serbegeth berkata Johor mempunyai lima pasukan yang terdiri daripada JDT sebagai pasukan utama, selain JDT II, JDT III, JDT IV dan JDT V untuk musim ini. JDT dijangka mengadakan perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund (BVB) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 9 Julai ini. – BERNAMA Sumber: Berita Harian |
UMNO JOHOR | Di Sini Lahirnya - <b>Bolasepak Johor</b> Tetap Maju <b>...</b> Posted: 15 Jul 2015 09:00 AM PDT Kategori Berita UtamaBolasepak Johor Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ Sebagai PresidenJOHOR BAHARU, 15 Julai — Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bola sepak Johor tetap maju walaupun baginda bukan lagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Tunku Mahkota Johor itu bertitah baginda juga tidak perlu menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak negeri. "Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju. "Saya tidak payah menjadi Penaung Diraja untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua (penyokong) untuk memajukan bola sepak Johor. "Ikrar saya di hadapan bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri," titah baginda. Tunku Ismail yang menyaksikan perlawanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor pada aksi tunggal saingan Liga Super bertitah demikian sejurus tamat perlawanan tersebut, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Mario Gomez itu menewaskan Selangor 3-1. Skuad Harimau Selatan dan pasukan Gergasi Merah sepatutnya bertemu pada 8 Julai lepas, namun, perlawanan ditunda malam tadi berikutan terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, 9 Julai lepas. Bertitah depan lebih 11,000 penonton, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada JDT atas kemenangan tersebut. Baginda turut mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada kelab penyokong Ultra Selangor yang memberi sokongan kepada pemain Gergasi Merah. Tunku Ismail, dua hari lepas mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.
Related |
TMJ letak jawatan dari Persatuan <b>Bolasepak Johor</b> | SarawakCrocs <b>...</b> Posted: 12 Jul 2015 06:18 AM PDT Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah diistiharkan telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada pukul 5 petang tadi. YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang baharu dan beliau akan meneruskan segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi PBNJ yang telah ditetapkan. Berita mengejut tersebut dikhabarkan melalui laman rasmi Johor Darul Ta'zim oleh Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Buat masa ini, tidak diketahui punca TMJ meletak jawatan walaupun sebelum ini beliau telah menyelar pihak yang irihati terhadap pasukan JDT. Commentscomments |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment