Search This Blog

Saturday, January 3, 2015

JDT ada kelebihan - Bapa bola sepak Johor | Astro Awani - Bola Sepak Johor Blog

JDT ada kelebihan - Bapa <b>bola sepak Johor</b> | Astro Awani - Bola Sepak Johor Blog


JDT ada kelebihan - Bapa <b>bola sepak Johor</b> | Astro Awani

Posted: 28 Oct 2014 06:58 AM PDT

JDT ada kelebihan - Bapa bola sepak Johor

SULEIMAN: Selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan. -Foto BERNAMA

close

The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.

JOHOR BAHARU: Perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang pada Sabtu ini, peluang terbaik bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang piala berprestij bola sepak negara itu selepas kali terakhir pada 1991.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Suleiman Mohd Noor berkata selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan.

Suleiman yang digelar 'Bapa Bola Sepak Johor' berkata Skuad Harimau Selatan itu mempunyai kelebihan sama ada dari segi pemain, pengurusan mahu pun penyokong yang mantap.

"Pemain JDT mempunyai kemahiran hebat, corak permainan tersusun selain pengurusan terbaik. Selepas 23 tahun, saya amat yakin sudah tiba masanya untuk kita bawa pulang piala ini ke Johor buat kali ketiga.

"Namun, untuk menewaskan Pahang, pemain perlu fokus 100 peratus, mempunyai stamina bermain lebih 100 minit dan cukup bermotivasi untuk menang kerana lawan bukan calang-calang pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Stulang, dekat sini, hari ini.

Suleiman turut mengingatkan pemain JDT agar berhati-hati kerana ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, mampu menjadi pencetus semangat kepada anak buahnya.

Selain mengecap kejuaraan pada 1991, Johor pernah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada 1985 menerusi jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad untuk mengalahkan Kuala Lumpur.

Pada 1991, penyerang dari Croatia, Ervin Boban mencipta hatrik untuk menewaskan Selangor 3-1 sekali gus memastikan Johor kembali menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.

Andai berjaya menewaskan skuad Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, JDT akan mengulangi pencapaian 1991 dengan meraih kejuaraan berganda iaitu Piala Malaysia dan juara liga.

Dalam pada itu, Suleiman, 85, turut memuji tindakan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bekerja keras dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor.

"Saya anggap Sabtu ini sebagai penentu sama ada kita sudah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Johor atau tidak.

"Pihak pengurusan sudah cuba mendapatkan sebuah pasukan yang mantap tetapi saya harap, jika kecundang pemain jangan patah semangat kerana tahun depan masih ada," katanya yang meramal JDT bakal menewaskan Pahang 2-1.

JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Felda United 3-1 pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini Sabtu lepas, menjadikan agregat 6-5.

Pahang pula menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: JDT, Suleiman Mohd Noor, Bapa Bola Sepak Johor, Harimau Selatan

Budaya Samseng ; Kelab Penyokong <b>Bolasepak Johor</b> Dibubar <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2014 08:12 AM PST

Budaya Samseng ; Kelab Penyokong Bolasepak Johor Dibubar

KUALA LUMPUR – Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firms (IJF) mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Laman Facebook IJF dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan kumpulan tersebut yang menimbulkan kekecohan yang timbul di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi ditimbulkan oleh IJF.

"Akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, kami IJF akan di bubarkan mulai saat ini.

"Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam semalam, semua pihak menuding jari ke arah kami. Kononnya kami punca semuanya. Kami ingin bertanya berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di stadium itu semalam?" kata kenyataan itu hari ini.

IJF mendakwa, gaya penyokong bola sepak tempatan bertopeng bukan sahaja diamalkan oleh anggota IJF tetapi oleh ramai penyokong pasukan bola sepak lain.

inter johor firms2

Kenyataan itu turut menafikan akaun Facebook milik Danial yang terlibat dalam serangan ke atas penyokong Vietnam seperti disebarkan dalam media sosial adalah anggota IJF.

Dakwa IJF, sejak kebelakangan ini ramai pengguna Facebook mengaku anggota IJF dengan menggunakan logo dan gambar kumpulan tersebut secara sesuka hati untuk memburuk-burukkan IJF.

IJF turut menafikan kumpulan tersebut merosakkan bas di tempat letak kenderaan di kawasan Go Kart berhampiran Stadium Shah Alam.

"Kami `parking' di kawasan Giant. Sangat jauh untuk ke sana semata-mata nak provok dan baling batu.

"Janganlah risau. Tidak akan nampak lagi kelibat kami di stadium anda malahan di stadium kami sendiri. Kami buat begini kerana akur dengan titah Tunku Mahkota Johor kami, bukan sebab anda semua," kata kenyataan itu. - MYNEWSHUB.CC

Penyokong <b>Johor</b> (Negeri BN) Punca Samseng <b>Bolasepak</b> | Negara <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2014 10:02 PM PST

December 10, 2014

Penyokong Johor (Negeri BN) Punca Samseng Bolasepak

Kecoh-kecoh Menteri Belia & Sukan mengenai samseng bolasepak ini, menimbulkan pertanyaan, apa yang cuba dikejar dengan mensensasikan isu itu?  Yang jadi samseng pun bukannya orang lain tapi penyokong bola dari negeri yang UMNO/BN perintah juga, Johor.

Disitulah 'kilang' penghasilan samseng bolasepak di negara ini pun, lebih-lebih lagi sejak pasukan JDT menyerlah dalam pertandingan Liga Super dan sebagainya.

Kalau dulu, boleh tuduh penyokong Kelantan tapi gedebe gedebe penyokong Kelantan pun, mereka tidak sampai berpakaian macam Ninja, serba hitam menutup muka dan sebagainya untuk memukul penyokong pasukan lawan.  Penyokong Kelantan dulu gentle, tak tutup muka ini semua.

Lagipun, takat ganas mana sangat penyokong Kelantan dulu, habis-habis teruk pun setakat bakar lori pasukan keselamatan sahaja, itu tak sengaja dan ia setakat di liga domestik, tak membabitkan negara luar.

Yang penyokong Johor, kesamsengan mereka melarat bukan setakat perlawanan liga tempatan, tapi dah masuk peringkat antarabangsa dah ni. Buat malu negara saja.

Samseng bola Johor memang terlibat, dibuktikan dengan pengharaman sebuah kelab penyokong bolasepak Johor dari memasuki Stadium Larkin setelah berlaku insiden yang memalukan di Shah Alam.  Ini kalau bukan bukti kukuh bahawa penyokong bolasepak Johor memanh samseng, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Jadi, Khairy jangan cuba nafikan bahawa samseng-samseng ini memang budaya yang disuburkan UMNO, sebab itu yang jadi samseng bolasepak peringkat antarabangsa pun ialah dari negeri yang UMNO perintah juga, Johor.

Apa pun, ini bukan isu politik, ini isu jenayah dimana itu kerja polis, bukan kerja Menteri, apatah lagi Menteri Belia & Sukan pakai #stokinpink.  Toksah sibuk-sibuklah, selesaikan masalah padang di Bukit Jalil tu dulu yang sehingga kini masih tak selesai walaupun berjuta wang rakyat dah keluar.

Cepat selesai masalah padang Bukit Jalil, cepatlah perlawanan bolasepak peringkat antarabangsa boleh diadakan disitu, tanpa melibatkan stadium Shah Alam yang terletak dalam negeri Selangor – negeri Pakatan Rakyat.  Tak pasal-pasal, orang Selangor dapat malu walaupun yang jadi beruknya ialah penyokong bola samseng dari Johor.

Selangor patut memikirkan untuk mengharamkan penyokong Johor dari masuk ke Stadium Shah Alam selepas ini.  Tidak ada apa salah dengan keputusan itu sebab negeri Johor sendiri haramkan kelompok kumpulan penyokong tertentu dari masuk ke Stadium Larkin.

Kenapa kita tidak boleh?  Apatah lagi kegagalan Khairy menyelesaikan masalah rumput padang di Stadium Bukit Jalil, memungkinkan beberapa lagi perlawanan antarabangsa diadakan di Shah Alam, maka memang patut kalau penyokong bola samseng Johor ini diharamkan dari masuk.

Jika masalah sangat nak kenal pasti samseng bola Johor yang mana satu, haramkan saja semua sekali, selesai masalah.

Posted By negara rakyat December 10, 2014 at 6:02 am

No comments:

Post a Comment