Search This Blog

Thursday, August 28, 2014

Tengku Mahkota Johor Sedia Bagi Dana | Suara TV - Bola Sepak Johor Blog

Tengku Mahkota <b>Johor</b> Sedia Bagi Dana | Suara TV - Bola Sepak Johor Blog


Tengku Mahkota <b>Johor</b> Sedia Bagi Dana | Suara TV

Posted: 22 Apr 2014 07:17 AM PDT

Oleh Editorial April 22, 2014 : 10:17 pm

Tengku Mahkota Johor

Johor Bahru – Sudah tiba masa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mewujudkan pengadil profesional bagi meningkatkan lagi mutu pengadilan sekali gus mengelak daripada terus dikritik.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulangi saranan itu berharap FAM segera memperbaiki mutu pengadilan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) supaya pegawai perlawanan mampu mengadili aksi dengan lebih berkualiti.

"Saya mencadangkan FAM berusaha memiliki struktur pengadilan profesional sebagai langkah meningkatkan kualiti pengadil lebih cekap untuk mengadili Liga M.

"Sekiranya tidak mempunyai sumber mewujudkan pengadil profesional, saya sedia menyediakan dana diperlukan bagi menaik taraf kualiti pengadil agar lebih profesional.

Jika ada pengadil profesional, saya berharap kita dapat melihat peningkatan mutu pengadilan dan mengelak insiden tidak puas hati terhadap pengadil perlawanan supaya apa yang berlaku baru-baru ini tidak berulang," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Johor Southern Tigers.

Mengulas insiden kekecohan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang menyaksikan On Jabbar@Jaafar menyerang pengadil, Sukri Abdul Rahman, beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan pengurus Johor Darul Ta'zim (JDT II) itu.

Katanya, insiden membabitkan On itu sememangnya tidak dapat diterima malah beliau sendiri turut kecewa dengan tindakan berkenaan.

"Tapi saya memahami kekecewaannya. Walaupun tindakannya itu salah, saya tetap menyebelahi On kerana sumbangannya terhadap bola sepak negeri dan pengurusan PBNJ," kata Tunku Ismail.

Pada insiden Sabtu lalu, Sukri yang mengadili perlawanan membabitkan JDT II dan UiTM FC diserang On sebaik perlawanan berakhir.

Pengadil dari Kemaman, Terengganu itu sebelum ini pernah terbabit insiden pertengkaran dengan Joseph Kallang Tie yang menimbulkan kontroversi selepas Sukri didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemain berkenaan ketika aksi Sarawak menentang Perak, 15 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment