Infra <b>Bolasepak Johor</b> Makin Maju | PING CALLA - Bola Sepak Johor Blog |
- Infra <b>Bolasepak Johor</b> Makin Maju | PING CALLA
- Padang <b>Bolasepak</b> Kg. Rawa, Skudai Berjaya <b>...</b> - Belia <b>Johor</b> Bahru
- jdt mulakan pembangunan sukan <b>bolasepak</b> dengan bergaya
Infra <b>Bolasepak Johor</b> Makin Maju | PING CALLA Posted: 05 Aug 2014 07:00 AM PDT Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengorak langkah lagi dengan dua projek pembangunan infra dimana sebuah padang rumput tiruan tertutup dan pusat rawatan sukan dan fisioterapi bertaraf dunia bakal mula dibina pada bulan depan bertempat di pusat latihan pasukan Johor Darul Ta'zim, Seri Gelam. Dengan terbinanya infra ini, pasukan Johor Darul Ta'zim merupakan satu-satunya pasukan bolasepak di rantau asia tenggara yang mempunyai pusat latihan yang paling lengkap dan bertaraf dunia - FB JOHOR Southern Tigers |
Padang <b>Bolasepak</b> Kg. Rawa, Skudai Berjaya <b>...</b> - Belia <b>Johor</b> Bahru Posted: 21 Jul 2014 07:36 PM PDT Johor Bahru 21 Julai 2014 - Satu perjumpaan dan perbincangan yang diatur oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru antara Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Bersama Kelab Bolasepak Harimau Mega (HMFC) & Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru bagi tujuan cadangan pengambilalihan Pengurusan Padang Bolasepak Kg. Rawa, Skudai telah berlangsung di Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang dihadiri sendiri YDP MPJBT Tn Hj Salehuddin bin Hj Hassan, pihak HMFC diwakili Presiden Kelab iaitu Datuk Haja Maidin bin Abd Qader serta En.Ruhisyam Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru. Perjumpaan ini diadakan bagi menjelaskan rasional pengambilalihan Padang BolaSepak Kg. Rawa yang di dalam penyeliaan MPJBT kepada Kelab Bolasepak Harimau Mega (HMFC). Antara intipati perbincagan adalah berkisar kepada keperluan menaiktaraf padang Kg. Rawa sebagai pusat latihan melahirkan pemain-pemain bolasepak remaja anak-anak Johor yang berkemahiran tinggi dan berkualiti. Pihak HMFC juga bersetuju untuk menyelenggara dan manaik taraf padang bolasepak Kg. Rawa dengan lebih baik lagi di samping memberi ruang dan peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan padang tersebut tanpa sebarang halangan. Dalam masa yang sama MPJBT dapat mengurangkan kos penyeleggaraan padang bolasepak Kg. Rawa kerana pihak Kelab bersetuju untuk menanggung kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan padang tersebut. |
jdt mulakan pembangunan sukan <b>bolasepak</b> dengan bergaya Posted: 07 Aug 2014 06:35 PM PDT Selang beberapa yang lalu, penulis mengulas yang JDT merahsiakan perkembangan dan kemajuan bolasepak mereka. Tidak kedengaran di adakan perlawaan persahabtan pra musim. Juga tidak kedengaran pembelian pemain pemain atau jurulatih sensasi. Tiba tiba, semalam Kamis 7 Ogos, TMJ dan PBNJ mengumumkan 4 pemain Piala Presiden akan di pinjamkan ke Kelab Bolasepak Itali dan Sepanyol selama setahun untuk menimba pengalaman. Yang menarik juga, JDT sudah merancang menghantar pemain 12 tahun kebawah ke Pusat Latihan Luar Negara. Penulis ramalkan Malaysia akan berjaya menghasilkan pemain pemain baik di dalam masa 5 tahun ini. Telekom Malaysia dengan program `Mencari Ramli', TV3 dengan SoccerKids dan Harimau Muda Bawah 12 dan 16 tahun serta Felda dengan programnya. Jika Cardiff City dan QPR terus membantu anak muda Malaysia bermain di kelab Inggeris, ia akan mempercepatkan penghasilan pemain. Syabas dan tahniah buat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan JDT serta PBNJ. http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/pbnj-pemain-piala-presiden-dipinjam-ke-kelab-itali-1.305726 |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment