Kelab <b>Bola Sepak</b> JDT Terima Sumbangan RM50 juta Dari Sultan <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog |
- Kelab <b>Bola Sepak</b> JDT Terima Sumbangan RM50 juta Dari Sultan <b>...</b>
- Tindakan Sultan <b>Johor</b>, Dr Vida Taja Pasukan <b>Bola Sepak</b> Dipuji <b>...</b>
- Sultan <b>Johor</b> Sumbang RM50 Juta Kepada JDT - Siakap Keli News
- KJ Sambut Baik Tindakan Sultan <b>Johor</b> Dan Datuk Seri Vida Taja <b>...</b>
- TMJ Akui Akan Tinggalkan Dunia <b>Bola Sepak Johor</b> Selamanya <b>...</b>
- DYMM Sultan <b>Johor</b> Sumbang Sehingga RM50JUTA Kepada JDT
Kelab <b>Bola Sepak</b> JDT Terima Sumbangan RM50 juta Dari Sultan <b>...</b> Posted: 10 Jan 2016 04:55 AM PST | ||
Tindakan Sultan <b>Johor</b>, Dr Vida Taja Pasukan <b>Bola Sepak</b> Dipuji <b>...</b> Posted: 11 Jan 2016 05:42 AM PST KUALA LUMPUR – Tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menaja pasukan bola sepak tempatan mendapat pujian daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Menurut Khairy, tindakan tersebut disifatkan sebagai satu perkembangan positif dalam memajukan dan menyemarakkan arena bola sepak tanah air. "Saya kagum dengan Sultan Johor sebab sayangkan negeri, tapi bagi tindakan Dr Vida yang dibuat atas dasar keputusan perniagaan, saya lihat ini satu tindakan berani yang saya anggap bawa impak positif untuk sukan. "Saya ucap terima kasih kepada beliau (Dr Vida) kerana percaya kepada sukan tempatan. Sebelum ini kita lihat banyak penajaan dibuat untuk liga antarabangsa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Datuk Onn di sini, Isnin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai suntikan dana besar Sultan Ibrahim kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan tajaan bernilai RM16 juta Vida kepada The Red Warriors (TRW) bagi saingan Liga Malaysia musim ini. Jelas Khairy lagi, tindakan tersebut diharap menjadi batu loncatan kepada lebih ramai syarikat tempatan untuk menawarkan penajaan kepada sukan bola sepak dan beberapa sukan yang lain. "Saya harap selepas ini lebih ramai syarikat berlumba-lumba mengejar penajaan kepada pasukan bola sepak tempatan dan sukan- sukan lain. "Saya tahu bola sepak mampu membawa pulangan besar kerana sukan mempunyai ramai penyokong. Bagus…bagus sekarang (syarikat tempatan) ada nampak peluang untuk liga tempatan," katanya. Ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemilik pasukan bola sepak JDT, Khairy berkata keputusan itu amat bertepatan dengan tuntutan bola sepak moden. "Ini pendekatan yang sesuai dengan format bola sepak moden. Kalau tengok di England dan Eropah sekarang, semua pasukan berasaskan kelab, tiada lagi (milik) kerajaan negeri dan majlis perbandaran. "Saya lihat tindakan TMJ memang tepat dengan tuntutan bola sepak moden," katanya. Pada Ahad, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim mengumumkan bermula musim ini, Tunku Ismail secara rasminya menjadi pemilik pasukan JDT. Tunku Ismail yang sebelum ini merupakan Penaung Diraja PBNJ akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bola sepak di negeri itu. – star
Related | ||
Sultan <b>Johor</b> Sumbang RM50 Juta Kepada JDT - Siakap Keli News Posted: 10 Jan 2016 12:04 AM PST Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenaan untuk memberi RM50 juta sebagai sumbangan kepada kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT). Memetik kenyataan dari facebook Johor Southern Tiger, keputusan itu dibuat kerana Sultan Ibrahim gembiri dengan perkembangan bola sepak Johor. "Tuanku membuat keputusan tersebut kerana baginda amat gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor dan mengharumkan nama Johor di persada dunia. "Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail (Sultan Ibrahim), selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku atas kurniaan kepada JDT tersebut," kenyataan itu menyebut. - Siakapkeli.my | ||
KJ Sambut Baik Tindakan Sultan <b>Johor</b> Dan Datuk Seri Vida Taja <b>...</b> Posted: 11 Jan 2016 07:59 PM PST Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menaja pasukan bola sepak Johor dan Kelantan sebagai satu perkembangan positif dalam sukan itu. "Saya kagum dengan Sultan Johor sebab sayangkan negeri, tapi bagi tindakan Dr Vida yang dibuat atas dasar keputusan perniagaan, saya lihat ini satu tindakan berani yang saya anggap bawa impak positif untuk sukan. Pujian Khairy itu dibuat selepas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mendapat suntikan dana berjumlah RM50 juta daripada Sultan Johor, manakala The Red Warriors (TRW) pula memperolehi tajaan sebanyak RM16 juta daripada Qu Puteh. "Saya harap selepas ini lebih ramai syarikat berlumba-lumba mengejar penajaan kepada pasukan bola sepak tempatan dan sukan- sukan lain. | ||
TMJ Akui Akan Tinggalkan Dunia <b>Bola Sepak Johor</b> Selamanya <b>...</b> Posted: 11 Nov 2015 02:00 PM PST
KUALA LUMPUR – Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui baginda tidak akan kekal mengendalikan sukan bola sepak Johor selama-lamanya. Tunku Ismail sebaliknya menegaskan akan tiba masa baginda meninggalkan sukan bola sepak selepas menunaikan tanggungjawab yang dipikulnya dalam bidang itu. "Sebagai Penaung Diraja, saya masih menguruskan dan bertanggungjawab atas segala-galanya; namun akan tiba masanya saya akan meninggalkan bidang bola sepak. "Harinya mungkin tidak lama lagi, namun sekarang, hanya masa akan menentukannya," titah baginda dalam satu kenyataan semalam. Tunku Ismail bertitah, baginda membangunkan kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana minat yang mendalam ke atas sukan bola sepak, bukan kerana mahu menjadikan ia sebagai punca pendapatan. Malah, baginda bertitah sangat gembira melihat rakyat Johor kini kembali bersatu melalui sukan bola sepak yang diilhamkan baginda melalui JDT. "Hari yang penyokong rasakan ada sesiapa yang mampu melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih baik, itulah hari saya akan mengundur diri," jelas baginda. Justeru, baginda menyeru para penyokong JDT supaya bersyukur dan sentiasa merendah diri dengan kedudukan kelab 'Harimau Selatan' waktu ini. Titah baginda, ia kerana ada penyokong Johor yang mula cuba mengajar baginda bagaimana untuk menguruskan kelab. "Amat baik sekali bila anda ingin berkongsi idea masing-masing. Idea sememangnya amat baik, tetapi hanya beberapa orang yang mampu melaksanakannya. "Kita sepatutnya menilai kelab kita daripada pencapaian dan tahap konsisten, bukan daripada apa kata orang," titah baginda. –Kedahnews.com | ||
DYMM Sultan <b>Johor</b> Sumbang Sehingga RM50JUTA Kepada JDT Posted: 10 Jan 2016 06:40 AM PST Seluruh rakyat johor hari ini pastinya gembira apabila DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sehingga RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) atau lebih dikenali dengan nama "Johor Southern Tigers" Menurut laman Facebook rasmi pasukan JDT iaitu JOHOR Southern Tigers, Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa amat gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di peta dunia suatu hari nanti….ameen! Antara petikan dari Laman facebook rasmi JDT ( JOHOR Southern Tigers ) :
Selaku anak johor, kami seharusnya berbangga dengan perkara ini kerana tidak semua pasukan yang bermain dalam Liga Super di Malaysia mendapat manafaat sedemikian rupa lebih-lebih lagi ianya datang dari Sultan Johor yang amat disayangi oleh bangsa Johor! Ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan martabat bolasepak JOHOR, ianya sekaligus dapat membantu meningkatkan imej bolasepak Malaysia yang sedikit tercalar dengan berita-berita yang kurang enak untuk didengari. Antara fakta menarik mengenai pasukan JDT – Johor Southern Tigers adalah : InshaALLAH dengan kurniaan dari Sultan Johor sebanyak RM50JUTA ini akan dapat diterjemahkan oleh pasukan JDT untuk menjadi sebuah kelab bolasepak bukan sahaja hanya "GAH" di peringkat ASIA tetapi bakal menjadi antara kelab bolasepak dari negara kelas KETIGA dalam arena bolasepak mashyur di pentas dunia suatu hari nanti….ameen! Jom layan sket khas dari BOYS OF STRAITS – CHANT 'DEMI JOHOR': Adios semua! Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini. (Visited 27 times, 1 visits today) |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment