(BERSAING TAJA PASUKAN <b>BOLA</b> PULOK) Sultan <b>Johor</b> sumbang <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog |
(BERSAING TAJA PASUKAN <b>BOLA</b> PULOK) Sultan <b>Johor</b> sumbang <b>...</b> Posted: 10 Jan 2016 12:17 AM PST SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenaan memberikan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT). Memetik kenyataan daripada laman rasmi Johor Southern Tiger, melaporkan bahawa keputusan itu, dibuat kerana Sultan Ibrahim gembira dengan perkembangan bola sepak Johor. "Tuanku membuat keputusan tersebut kerana baginda amat gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor dan mengharumkan nama Johor di persada dunia. "Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail (Sultan Ibrahim), selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku atas kurniaan kepada JDT tersebut," petik kenyataan itu. Sementara itu, dalam perkembangan lain peranan Tunku Ismail, sebagai Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tetap diteruskan. "JDT akan beroperasi sebagai kelab sepenuhnya dan akan merangkumi pasukan JDT, JDT II, JDT III, JDT IV dan segala program pembangunan akar umbi serta infrastruktur berkaitan. Untuk PBNJ pula, persatuan akan berfungsi sebagai pengelola untuk segala pertandingan bolasepak di peringkat negeri dan kebangsaan," petik kenyataan Johor Southern Tiger. Dalam pada itu, peranan Datuk Ismail Karim dan Kapten Mohd Fahmy Yahya sebagai Presiden dan Setiausaha Kehormat PBNJ dan JDT masih lagi dikekalkan. "Penyeragaman ini adalah kesinambungan daripada penstrukturan semula yang dimulakan pada tahun 2013 dan mengambil kira penswastaan liga Malaysia pada masa akan datang. Polisi yang telah ditetapkan sebelum ini akan dikekalkan dan dilaksanakan secara berterusan," petik kenyataan itu. |
Setanding kelab Eropah | Perak Today Posted: 10 Jan 2016 09:35 PM PST Johor Bahru: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang kini dimiliki Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan menerima sumbangan RM50 juta daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar semalam akan ditransfromasi dengan lebih mantap terutama aspek pengurusan dan pentadbiran. Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim dan Setiausaha Kehormat, Kapten Mohd Fahmy Yahya masih kekal memegang jawatan masing-masing. Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail adalah pegangan milikan majoriti dan peranannya selaku Penaung Diraja PBNJ tetap diteruskan. "Johor DT akan beroperasi sebagai kelab sepenuhnya dan akan merangkumi pasukan JDT, JDT II, JDT III, JDT IV dan segala program pembangunan akar umbi serta infrastruktur berkaitan. "Peranan PBNJ sebagai persatuan bola sepak akan berfungsi untuk mengelola apa jua pertandingan bola sepak di peringkat negeri dan kebangsaan. "Penyeragaman ini adalah kesinambungan daripada penstrukturan semula yang dimulakan pada 2013 dan mengambil kira penswastaan Liga Malaysia (Liga M) pada masa depan," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, polisi yang ditetapkan sebelum ini akan dikekal dan dilaksana secara berterusan. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ismail berkata ia sebagai langkah permulaan Johor DT bersiap sedia dengan langkah penswastaan Liga M oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). "Justeru, pemilikan Tunku Mahkota Johor terhadap pasukan Johor DT membolehkan kelab ini mendapat penaja seperti jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan memiliki pasukan Cardiff City FC," katanya. Katanya, usaha itu dilihat dapat meningkatkan taraf sukan bola sepak negara dan setanding dengan negara Eropah. Dalam satu lagi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM50 juta kepada Johor DT memandangkan kelab itu berjaya mengharumkan nama negeri di persada dunia. -Metro Comments |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |