Persatuan <b>Bolasepak</b> Negeri <b>Johor</b> (PBNJ) Haramkan Inter <b>Johor</b> <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog |
- Persatuan <b>Bolasepak</b> Negeri <b>Johor</b> (PBNJ) Haramkan Inter <b>Johor</b> <b>...</b>
- Inter <b>Johor</b> Firms IJF Punca Pergaduhan Malaysia Vs Vietnam <b>...</b>
- Inter <b>Johor</b> Firms (IJF) Diharamkan Seumur Hidup!!! - Persatuan <b>...</b>
Persatuan <b>Bolasepak</b> Negeri <b>Johor</b> (PBNJ) Haramkan Inter <b>Johor</b> <b>...</b> Posted: 07 Dec 2014 08:41 PM PST Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf dan mengharamkan Inter Johor Firms (IJF) seumur hidup dari memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium di Malaysia jika ada perlawanan yang melibatkan perlawanan melibatkan pasukan dari negeri Johor. Tidakan ini telah diperkenan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang sebarang pengibatan IJF kerana telah menemarkan imej negari Johor. Menurut Tungku Ismail, "Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor". Pihak PBNJ akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau ini dari menimbukan huru-hara lagi dalam bola sepak. PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'Hooligan' dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan. Dari berita semalam pula kumpulan pelampau 'hooligans' ini diperayai telah terlibat dalam pergaduhan di Stadium Shah Alam semalam selepas Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Mereka diperayai telah memukul penyokong Vietnam yang meraikan kemenangan mereka. Gambar dari Sokernet BACA: (Gambar & Video) Penyokong Harimau Malaya Mengamuk Pukul Penyokong Vietnam Perkara ini dilihat sungguh tidak bertamadun kerana ia boleh menjatuhkan dan mencalar maruah negara kita yang dikenali serata dunia. Tindakan hooligans bola sepak ini sepatutnya tidak terbawa ke negara kita kerana bertentangan dengan terma ketimuran dan agama.- Siakapkeli.com.my |
Inter <b>Johor</b> Firms IJF Punca Pergaduhan Malaysia Vs Vietnam <b>...</b> Posted: 07 Dec 2014 07:02 PM PST Published Monday, December 8, 2014 By melvister. Under isu semasa Kumpulan Inter Johor Firms (IJF) merupakan punca pergaduhan Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki pada 7 Disember 2014. Seperti sedia maklum, sekumpulan suspek yang didalangi oleh IJF Inter Johor Firms yang dipercayai membawa ideologi "Hooligans" telah dikenalpasti terlibat dalam insiden memalukan negara dalam perlawanan Malaysia Vs Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember 2014. Untuk info, individu yang menyertai IJF terpengaruh dengan ideologi "Hooligans" yang bermaksud kumpulan yang mencetuskan keganasan, menimbulkan kekecohan serta huru hara dalam sukan bola sepak. TMJ menerusi kenyataan rasmi pada 8 Disember 2014 telah mengharamkan persatuan IJF daripada memasuki Stadium Di Johor Bahru dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor berikutan fahaman "Hooligans" yang dibawa oleh kumpulan terbabit. Terdahulu, penyokong Harimau Malaya yang didalangi oleh kumpulan IJF telah mencemarkan imej negara berikutan memukul dan membelasah penyokong Vietnam susulan Malaysia tewas 2-1. Kenyataan Rasmi TMJ Isu Persatuan Inter Johor Firms IJF
Facebook Kelab Penyokong Inter Johor Firms IJF |
Inter <b>Johor</b> Firms (IJF) Diharamkan Seumur Hidup!!! - Persatuan <b>...</b> Posted: 07 Dec 2014 11:53 PM PST |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment