Search This Blog

Saturday, November 29, 2014

Johor Akan Bina Stadium Bola Sepak Padang Tiruan - Siakapkeli - Bola Sepak Johor Blog

<b>Johor</b> Akan Bina Stadium <b>Bola Sepak</b> Padang Tiruan - Siakapkeli - Bola Sepak Johor Blog


<b>Johor</b> Akan Bina Stadium <b>Bola Sepak</b> Padang Tiruan - Siakapkeli

Posted: 26 Nov 2014 04:28 AM PST

Johor akan membina sebuah stadium tertutup bola sepak yang menggunakan padang tiruan yang diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, padang bola sepak berkenaan akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

"Bermula Januari 2015, Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan memulakan pembinaan padang bola sepak tiruan tertutup berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru."

Tambahnya lagi, "Ianya bakal menjadi lambang kemegahan buat negeri Johor apabila menjadi yang pertama di Malaysia memiliki padang bola sepak tiruan tertutup bersaiz sebenar yang akan dibina mengikut spesifikasi FIFA."

Maka dengan pembinaan stadium tersebut johor dikatakan adalah negeri pertama di Malaysia yang memiliki padang bola sepak seperti itu.

"Selain itu kita juga akan menaiktaraf kemudahan yang ada dengan menempatkan Pusat Perubatan yang berhampiran padang latihan. Ianya akan memastikan para pemain yang mengalami kecederaan mendapat bantuan perubatan melalui peralatan yang lebih baik untuk penyembuhan dan pemulihan mereka.

Proses pembinaan padang bola sepak tertutup yang baru ini dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2015". katanya dalam kenyataan itu. ─ Siakapkeli.com.my

<b>Johor</b> Akan Bina Stadium <b>Bola Sepak</b> Padang Tiruan - Malaysia <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2014 06:08 PM PST

KUALA LUMPUR – Johor akan menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai stadium tertutup bola sepak menggunakan padang tiruan yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menjelang penghujung tahun depan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, padang bola sepak tiruan itu akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu, pembinaan padang bola sepak tiruan tertutup di Johor itu akan bermula pada Januari tahun depan.

"Padang bola sepak tiruan ini akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

"Ia bakal menjadi lambang kemegahan buat negeri Johor apabila menjadi yang pertama di Malaysia memiliki padang bola sepak tiruan tertutup bersaiz sebenar yang akan dibina mengikut spesifikasi FIFA," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, PBNJ akan turut menaiktaraf kemudahan bola sepak sedia ada dengan menempatkan Pusat Perubatan berhampiran padang latihan.

Jelas kenyataan itu, usaha itu bagi memastikan para pemain yang mengalami kecederaan mendapat bantuan perubatan melalui peralatan yang lebih baik untuk penyembuhan dan pemulihan mereka.

"Proses pembinaan padang bola sepak tertutup baharu ini dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2015," kata kenyataan itu.

tiga para: Padang <b>bolasepak</b> tertutup untuk JDT

Posted: 25 Nov 2014 12:46 PM PST

Persatuan Bolasepak Johor akan meneruskan gerak langkah baru dalam usaha membangunkan bolasepak di negeri berkenaan. Melalui penjenamaan pasukan Johor Darul Takzim menjadi JDT, satu mercu tanda baru bakal dibina yang akan terus menjadi bualan hangat peminat bolasepak Malaysia.

Terbaru, menerusi kemaskini di laman rasmi FB Johor Southern Tiger, satu stadium padang tiruan tertutup bakal dibina berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor. Stadium bersaiz sebenar yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan FIFA ini turut menempatkan sebuah Pusat Perubatan khas untuk atlet di sana.


Projek yang dijangka siap menjelang Disember 2015 ini bakal menambah cemburu peminat pasukan lain ke atas JDT memandangkan inisiatif ini mampu mengangkat kedudukan pasukan ini dalam usaha memodenkan pengurusan bolasepak di Malaysia. Malaysia Boleh!


Monday, November 17, 2014

Pahang kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 | Astro Awani - Bola Sepak Johor Blog

Pahang kuasai Anugerah <b>Bola Sepak</b> Kebangsaan 2014 | Astro Awani - Bola Sepak Johor Blog


Pahang kuasai Anugerah <b>Bola Sepak</b> Kebangsaan 2014 | Astro Awani

Posted: 13 Nov 2014 02:55 AM PST

Pahang kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

Pahang kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

close

The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.

PETALING JAYA: Juara Piala Malaysia 2014, Pahang berjaya membolot lima daripada 13 anugerah yang dipertandingkan pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2014 hari ini.

Penjaga gol skuad 'Tok Gajah', Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini, meraih kejayaan berganda selepas dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.

Pengendali pasukan Pahang, Zainal Abidin Hassan meraih anugerah Ketua Jurulatih Terbaik manakala kapten pasukan itu, Mohd Razman Roslan meraih anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Lebih manis, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) turut merangkul gelaran Persatuan Bola Sepak Terbaik berikutan kejayaan pasukan berkenaan muncul juara trebel iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Dalam pada itu, kapten pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi dan pemain Terengganu, Mohd Nor Farhan Mohd masing-masing menggondol anugerah Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik bagi musim kedua berturut-turut.

Pemain yang mendapat jolokan 'Messi' Kedah, Muhammad Farhan Roslan meraih anugerah Pemain Muda Harapan selepas membantu skuad 'Helang Merah' mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Penyerang import Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ali Ashfaq yang meledak 17 gol bagi membantu skuad 'The Cops' muncul juara saingan Liga Perdana 2014, dipilih sebagai Pemain Asing Terbaik.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pula berjaya meraih anugerah Kelab Bola Sepak Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menerima anugerah Fair Play.

Pada majlis itu, FAM memberikan pengiktrifan kepada skuad bola sepak negara yang berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran iaitu Anugerah Lagenda Harimau Malaya.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan  syarikat pengeluar minuman ringan, F&N Beverages (M) Sdn Bhd bagi mengiktiraf sumbangan pemain bola sepak dalam mengharumkan nama pasukan masing-masing dalam kancah bola sepak tempatan.

Keputusan anugerah berkenaan berdasarkan undian yang dijalankan para jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super dan Perdana yang mengundi calon yang layak.

Sementara itu, Mohd Khairul Azhan yang ditemui pemberita selepas majlis itu tidak menyangka dapat meraih kejayaan berganda kerana berpandangan calon lain lebih layak untuk memenanginya.

"Saya tidak dapat ungkapkan perasaan saya pada waktu ini tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu dan bapa, para pemain serta pengurusan pasukan Pahang," katanya.

Pemain kelahiran Batu 3, Kuantan itu yang terkenal dengan panggilan 'Yan' dalam kalangan rakan sepasukan mahu menjadikan kemenangannya itu sebagai pembakar semangat bagi membantu Pahang meneruskan kecemerlangan dalam saingan Liga Malaysia 2015.

Senarai Pemenang Anugerah:
Pemain Paling Bernilai: Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Pertahanan Terbaik: Mohd Razman Roslan (Pahang)
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radhzi (Kelantan)
Penyerang Terbaik: Mohd Nor Farhan Mohd (Terengganu)
Pemain Import Terbaik: Ali Ashfaq (Maldives, PDRM)
Pemain Muda Harapan: Muhammad Farhan Roslan (Kedah)
Jurulatih Terbaik: Zainal Abidin Hassan (Pahang)
Anugerah Fair Play: Terengganu
Persatuan Bola Sepak Terbaik: Pahang
Kelab Bola Sepak Terbaik: Johor Darul Ta'zim (JDT)
Kelab Penyokong Terbaik: JDT
Anugerah Lagenda Harimau Malaya: Skuad Sukan Asia 1974 Tehran, Iran.

Keputusan Anugerah <b>Bolasepak</b> Kebangsaan 2014 - Nizarazu.com

Posted: 12 Nov 2014 11:04 PM PST

Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014. Seperti yang diketahui umum, hari ini 13 November 2014 telah berlangsungnya satu majlis pencapaian Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 yang bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya bermula jam 12:00 tengah hari. Untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 ini, sebanyak 14 kategori dipertandingkan termasuk Anugerah Penolong Pengadil Terbaik yang baru diperkenalkan. Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 yang berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014

Persatuan Bola Sepak Terbaik:
– Persatuan Bola Sepak Pahang

Kelab Bola Sepak Terbaik:
– Johor DT FC

Kelab Penyokong Terbaik:
– Johor DT

Anugerah Fair Play:
– Terengganu

Pemain Muda Terbaik:
– Mohd. Farhan Roslan (Kedah)

Jurulatih Terbaik:
– Zainal Abidin Hassan (Pahang)

Pemain Import Terbaik:
– Ali Ashfaq (PDRM)

Penjaga Gol Terbaik:
– Khairul Azhan (Pahang)

Pertahanan Terbaik:
– Razman Roslan(Pahang)

Pemain Tengah Terbaik:
– Mohd.Badhri Mohd.Radzi (Kelantan)

Penyerang Terbaik:
– Mohd. Norfarhan (Terengganu)

Pemain Paling Bernilai :
– Khairul Azhan Mohd.Khalid (Pahang)

# Tahniah kepada semua pemenang!

Jangan lupa klik like dan share kepada kawan-kawan lain :)

Incoming search terms:

  • anugerah bola sepak kebangsaan 2014
  • keputusan anugerah bola sepak kebangsaan 2014
  • anugerah bolasepak kebaangsaan 2014
  • anugerah pemain bola sepak malaysia
  • anugerah pemain bola sepak malaysia 2014
Artikel lain..

Anugerah <b>Bola Sepak</b> Kebangsaan 2014 - Tonton <b>Bola</b>

Posted: 12 Nov 2014 11:01 PM PST

BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2014:

PERSATUAN BOLA SEPAK TERBAIK
-Pahang

KELAB BOLA SEPAK TERBAIK
-Johor Darul Takzim

PENYOKONG TERBAIK
- Johor Darul Takzim

JURULATIH TERBAIK
-Zainal Abidin Hassan (Pahang)

ANUGERAH FAIR PLAY
-Terengganu

PENJAGA GOL TERBAIK
-Khairul Azhan (Pahang)

PEMAIN IMPORT TERBAIK
-Ali Ashfaq (PDRM)

PEMAIN MUDA HARAPAN
-Mohd Farhan Roslan (Kedah)

PERTAHANAN TERBAIK
-Razman Roslan ( Pahang)

PENYERANG TERBAIK
-Norfarhan Muhammad ( Terengganu)

PEMAIN TENGAH TERBAIK
- Mohd Badhri Mohd Radzi ( Kelantan)

PEMAIN PALING BERNILAI
-Khairul Azhan ( Pahang)

Saturday, November 15, 2014

JDT Dan Valencia FC Setuju Bekerjasama Untuk Bantu Bolasepak ... - Bola Sepak Johor Blog

JDT Dan Valencia FC Setuju Bekerjasama Untuk Bantu <b>Bolasepak</b> <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog


JDT Dan Valencia FC Setuju Bekerjasama Untuk Bantu <b>Bolasepak</b> <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2014 04:07 AM PDT

jdt dan valencia

JDT Dan Valencia FC Setuju Bekerjasama Untuk Bantu Bolasepak Johor | Sah! Satu persetujuan telah dicapai antara pasukan Valencia CF dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) apabila Pengerusi Valencia CF, Mr Peter Lim dan Presiden PBNJ, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, telah bersepakat untuk berkolaborasi bagi membantu bola sepak negeri Johor dari segi pembangunan, pengambilan pemain secara pinjaman serta latihan pemain remaja Johor Darul Ta'zim ke Valencia CF mulai musim hadapan.

It's confirmed! An agreement was achieved between Valencia CF and Johor Football Association (JFA) when the Chairman of Valencia CF, Mr Peter Lim and the President of JFA, HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor, has agreed to collaborate to help Johor state's football in terms of development, players recruitment on loan basis, as well as Johor Darul Ta'zim's youth players training to Valencia CF commencing next season = FB Johor Southern Tigers

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Wednesday, November 12, 2014

kerana surat ini, setiausaha kelab penyokong bola sepak - Bola Sepak Johor Blog

kerana surat ini, setiausaha kelab penyokong <b>bola sepak</b> - Bola Sepak Johor Blog


kerana surat ini, setiausaha kelab penyokong <b>bola sepak</b>

Posted: 13 Oct 2014 07:29 PM PDT

KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

Logo Terkini Persatuan <b>Bola Sepak</b> Negeri <b>Johor</b> (PBNJ) | ROSSA <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2014 09:00 PM PDT

Logo Terkini Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) | ROSSA CALLALogo Terkini Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) | ROSSA CALLA
Terdapat sedikit perubahan pada logo terkini Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dimana logo JDT dan JDTII digantikan dengan bulan sabit dan bintang. Sumber FB Johor Harimau selatan
Logo Terkini PBNJ
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Monday, November 10, 2014

Bolasepak Sebagai Satu Medium Terbaik ... - Muafakat Johor - Bola Sepak Johor Blog

<b>Bolasepak</b> Sebagai Satu Medium Terbaik <b>...</b> - Muafakat <b>Johor</b> - Bola Sepak Johor Blog


<b>Bolasepak</b> Sebagai Satu Medium Terbaik <b>...</b> - Muafakat <b>Johor</b>

Posted: 27 Oct 2014 07:55 AM PDT

tiket percuma2000 tiket untuk anak Johor!

'Johor tetap jadi Johor' Challenge Sempena Final Piala Malaysia

1. Upload apa saja gambar kreatif beridentitikan Negeri Johor sama ada di FB, instagram,twitter beserta slogan

Kenapa saya sayang Johor ek? ……

atau

Saya bangga menjadi anak johor kerana….

( jgn lupa tag #muafakatjohor @ #anakjohor @ #Johortetapjadijohor )

2. Print screen gambar kreatif+slogan di fb/insta/twitter tadi dan emailkan kepada menteribesarjohor@gmail.com beserta butir peribadi anda

tajuk ; johor tetap jadi johor

1. Nama,
2. No kad pengenalan
3. Alamat rumah/daerah
4. No telefon
5. Tempat pengambilan tiket (JB atau KL)
6. Email

2000 penyertaan terawal yang layak akan menerima satu tiket percuma.

Senarai penerima akan dihubungi menerusi email

Terima Kasih.

2014-10-27

Pahang Vs JDT : Khairy <b>sepak</b> tiang bendera untuk menguji..

Posted: 01 Nov 2014 03:49 AM PDT


Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan menyaksikan pertembungan antara Johor dan juga Pahang di Stadium Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah turun sendiri ke padang di Stadium tersebut untuk menyaksikan persiapan sebelum perlawanan malam ini.

Dipercayai bagi menghadapi segala kemungkinan, beliau juga telah menguji sendiri kekuatan tiang 'Corner Flag' padang tersebut dengan menerajangnya...

Kah.. kah.. kah... cari pasai lah tu...

Buat yang dah lupa ini laporan berkaitan..

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini pada Khamis, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bertitah tindakan itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang manusia dan ahli sukan dalam meluahkan rasa kegembiraan.

"Ini cara saya untuk menunjukkan rasa puas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi selepas JDT berdepan dengan pelbagai spekulasi dalam tempoh lebih seminggu ini," titah baginda kepada pemberita di sini, Jumaat.

Tunku Ismail mengulas sikap segelintir pihak yang mengkritik tindakan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, JDT mengalahkan Terengganu dengan agregat 3-1 dan layak ke separuh akhir menentang Felda United.

Tunku Ismail bertitah tindakan itu sebenarnya sudah dibayangkan baginda lebih awal iaitu ketika seorang adindanya bertanyakan mengenai apa tindakan yang dilakukan sekiranya JDT memenangi perlawanan terbabit.

"Saya jawab saya minat Ibrahimovic (Zlatan Ibrahimovic). Jadi saya ingat hendak raikan macam dia," titah baginda sambil menegaskan baginda turut tampil tunduk hormat kepada penyokong Terengganu sebagai tanda penghargaan mereka berkunjung menyaksikan perlawanan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan menendang tiang terbabit sehingga menimbulkan salah faham kepada penonton dan peminat bola sepak tanah air.

Menurut baginda, media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi.

Sementara itu, Tunku Ismail turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pasukan dari Bundesliga, Borussia Dortmund, bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Perjanjian itu merangkumi kerjasama pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, peminjaman tenaga pengajar dan penghantaran pemain muda untuk menimba pengalaman bersama kelab itu.

Baginda menegaskan persetujuan kerjasama terbabit menunjukkan pasukan kelab Bundesliga itu percaya dengan keupayaan yang dimiliki PBNJ ~ mStar


Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang - Denaihati

Posted: 25 Oct 2014 03:40 AM PDT

Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang
Artikel pilihan...close

LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: &#39;<b>Johor</b>&#39; di final selepas 23 tahun

Posted: 25 Oct 2014 08:42 PM PDT

jdt
Luciano Figueroa (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan JDT bersama rakan sepasukan, Mohd. Aidil Zafuan (kiri) dan Jorge Diaz pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. – mingguan/AMIN FARIJ HASSAN - 

Sumber: Utusan Online

JOHOR BAHRU – Penyokong Johor bergembira selepas 23 tahun me­nunggu untuk menyaksikan wakil negeri itu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) memenuhi impian mereka dengan menyingkirkan Felda United menerusi agregat 6-5 pada separuh akhir semalam.

Kemenangan 3-1 ke atas The Fighters pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menggembirakan penyokong Harimau Selatan, yang kali terakhir melihat pasukan mereka layak ke final kejohanan berprestij itu menerusi skuad negeri, Johor pada 1991.


Johor menjuarai Piala Malaysia ketika itu selepas menewaskan Selangor 3-1.

Kemenangan ini juga merupakan hadiah istimewa buat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang selamat diijab kabul, kelmarin.

Tunku Ismail turut berada di stadium untuk menyaksikan kemenangan manis pasukannya.

Dalam perlawanan semalam, skuad kendalian Bojak Hodak itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-29.

Sepakan percuma yang diambil Figueroa dari jarak 25 meter melepasi benteng lawan dan menerjah ke penjuru kanan gawang menewaskan Mohd. Farizal Harun.

Biarpun ketinggalan, The Fighters tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Makeche Ndumba menewaskan kawalan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan melakukan hantaran untuk disempurnakan Mohd. Raimi Mohd. Noor.

Figueroa bagaimanapun meledak gol kedua JDT apabila menanduk hantaran lintang Pereyra Diaz pada minit ke-63.

JDT melebarkan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan Amri Yahyah yang mendapat umpanan cantik daripada Diaz dan melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan namun kedudukan kekal 3-1 hingga ke wisel penamat.

Kem Harimau Selatan menerima tamparan apabila Aidil Zafuan dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi terlepas aksi final menentang juara bertahan, Pahang pada 1 November ini.

Aidil Zafuan mengutip kad kuning pada minit ke-67 setelah menjatuhkan Ndumba sementara Mohd. Nazrin dilayangkan kad merah setelah bertengkar dengan pemain Felda yang mengasarinya, Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-90.