SK Nusantara juara Liga <b>Bola Sepak</b> Pelabuhan Tanjung Pelepas <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog |
SK Nusantara juara Liga <b>Bola Sepak</b> Pelabuhan Tanjung Pelepas <b>...</b> Posted: 21 Sep 2014 11:01 AM PDT AZHARUDDIN Nordin (belakang, kanan) bersama pemenang selepas tamat perlawanan Liga Bola Sepak Pelabuhan Tanjung Pelepas di Stadium Educity, Nusajaya, Johor, baru-baru ini. NUSAJAYA 21 Sept. - Sekolah Kebangsaan (SK) Nusantara, Gelang Patah muncul juara Liga Bola Sepak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) 2014 selepas menundukkan SK Morni Pok 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium EduCity di sini kelmarin. Kemenangan itu melayakkan sekolah tersebut membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai sebanyak RM1,000 manakala tempat kedua menerima medal dan wang tunai sebanyak RM800. Pasukan PTP Junior 1 yang menduduki tempat ketiga pula menerima medal serta wang tunai RM600 manakala tempat keempat, SK Kampung Pulai menerima RM400 serta hamper. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Korporat PTP, Azharuddin Nordin dan disaksikan Penolong Pegawai Daerah Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Ahmad Taufiq Hamzah. Azharuddin berkata, ini adalah tahun kedua penganjuran kejohanan bola sepak tersebut dengan kali ini disertai sebanyak lapan buah sekolah di sekitar daerah ini. "Pertandingan seumpama ini yang turut disertai dua pasukan dalam kalangan anak warga PTP secara tidak langsung dapat mencungkil bakat dalam sukan bola sepak mereka. "Kita berharap pertandingan ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan kerana pembangunan sukan menjadi salah satu daripada empat aspek tanggungjawab sosial syarikat selain pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar,'' katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment