Keputusan Penuh <b>Johor</b> Vs Perak Final <b>Bolasepak</b> SUKMA 2014 <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog |
- Keputusan Penuh <b>Johor</b> Vs Perak Final <b>Bolasepak</b> SUKMA 2014 <b>...</b>
- Siaran Langsung <b>Johor</b> Vs Perak Final <b>Bolasepak</b> SUKMA 2014 3 <b>...</b>
- Orang Kuat <b>Bolasepak</b> Kelantan Harap Jumpa <b>Johor</b> DT Di Final <b>...</b>
Keputusan Penuh <b>Johor</b> Vs Perak Final <b>Bolasepak</b> SUKMA 2014 <b>...</b> Posted: 03 Jun 2014 06:48 AM PDT Johor Vs Perak Final Bolasepak SUKMA 2014 3 Jun 2014 | Perak dan Johor bakal membuat perhitungan bagi merebut 'ibu segala pingat' di SUKMA setelah beraksi cemerlang menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir. KEDUDUKAN TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT Kedah menang 1-0 Perlis KEPUTUSAN PENUH JOHOR VS PERAK FINAL BOLASEPAK SUKMA 2014 PERLIS HT Johor 0 - 2 Perak FT Johor 1 - 3 Perak Perak juara Bolasepak SUKMA 2014 Perak menamatkan kemarau 12 tahun untuk merebut ibu segala emas Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 apabila menewaskan Johor 3-1 pada perlawanan akhir bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam ini. Perak membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi sebelum Khairul Asyraf Sahizah menambah jaringan pada minit ke-17, hasil kesilapan penjaga gol Johor Sirajuddin Esa yang gagal menangkap bola dengan kemas. Babak kedua perlawanan menyaksikan Perak terus menguasai permainan dengan beberapa percubaan gol di gawang pasukan Harimau Selatan. Bagaimanapun, Johor menerima sepakan penalti berikutan pemain mereka dikasari oleh pasukan Perak di dalam kotak penalti. Shafiq Shaharuddin menyempurnakan tendangan penalti buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-72. Perlawanan semakin rancak pada babak kedua sebelum Muhammad Shahrel muncul wira buat skuad 'Boss Gaurus' dengan gol ketiga pada minit ke-88. Kali terakhir Perak muncul juara ialah di SUKMA Sabah pada tahun 2002 apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1. Perak juga adalah naib juara pada SUKMA Pahang 2012. Pingat gangsa menjadi milik Kedah selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perlis 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Muhammad Syafiq Ahmad menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke-70. - BERNAMA | ||
Siaran Langsung <b>Johor</b> Vs Perak Final <b>Bolasepak</b> SUKMA 2014 3 <b>...</b> Posted: 02 Jun 2014 08:30 PM PDT Johor Vs Perak Final Bolasepak SUKMA 2014 3 Jun 2014 | Perak dan Johor bakal membuat perhitungan bagi merebut 'ibu segala pingat' di SUKMA setelah beraksi cemerlang menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir. Johor menyingkirkan Kedah 1 – 0 hasil jaringan tunggal Muhd Akmal Ishak pada minit ke 23 di Stadium Unimap, Pauh manakala Perak menyingkirkan tuan rumah, Perlis dihadapan kira-kira 10 ribu penonton di Stadium Tuanku Syed Putra di sini. LIVE STREAMING FINAL BOLASEPAK SUKMA 2014 - JOHOR VS PERAK JAM 845 MALAM 3 JUN 2014 Perlis bermula garang dalam hujan lebat apabila hanya memerlukan 6 minit untuk membuka tirai jaringan apabila hantaran Mohd Ikmal Ibrahim pantas di sambar Syafiq Azmi untuk Perlis mendahului 1 – 0. Namun Perak tidak mudah gelabah dan kembali melancarkan serangan ke kubu lawan. Hasilnya, 20 minit kemudian berpunca dari sepakan percuma Mohd Rafiq Faeez, Khairul Asyraf Sahizah menanduk masuk gol penyamaan Perak. Perlis yang menampilkan aksi bersemangat kembali di depan pada minit ke 32 apabila Wan Zulhilmi Wan Mustafa bijak mengambil kesmepatan di depan gawang Perak untuk menjadikan kedudukan 2 – 1. Babak kedua, Perak lebih banyak menguasai permainan di atas padang licin tetapi gagal untuk menghukum beberapa kesilapan benteng Perlis. Sehinggalah minit ke 59 apabila Mohd Norhakim Isa dikasari dalam kawasan penalti Perlis, dan pengadil perlawanan, Kamal Ahmad tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti. Kapten Perak, Mohd Rafiq Faeez mudah mengikat kedudukan 2 sama. Minit ke 73, berpunca dari larian pantas Mohd Hafiz Ramdan di sayap kiri, lambungannya ke hadapan gawang Perlis di sambar Mohd Norhakim Isa sebelum disudahkan menerusi tandukkan oleh Khairul Asyraf untuk kedudukan 3-2 memihak Perak. KEPUTUSAN PENUH KLIK LINK 1 | ||
Orang Kuat <b>Bolasepak</b> Kelantan Harap Jumpa <b>Johor</b> DT Di Final <b>...</b> Posted: 26 May 2013 05:30 AM PDT
Beliau juga berharap pentas final akan menyaksikan pertembungan skuad Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT). Pada pertemuan di laman sendiri malam semalam, skuad Red Warriors yang menurunkan semua pemain utama, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama namun bangkit pada 10 minit terakhir babak kedua untuk menjaringkan empat gol. Mengulas percaturan jurulatih Kelantan Bojan Hodak yang tidak menurunkan kesebelasan utama pada pertemuan dengan JDT Rabu lepas, Annuar berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan jurulatih dari Croatia itu. "Malam tadi kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang tak setuju ni dia simpan pemain dulu. Tapi lepas dia jelaskan kepada saya prioriti dia adalah (perlawanan) ini, kita terima. Bojan dah buktikan dan kita terima alasan dia," katanya. Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan Hodak menerusi laman sosial Facebook miliknya selepas Kelantan tunduk kepada JDT 0-2 dalam pertemuan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor. Hodak mempertahankan tindakannya "menyimpan" beberapa pemain tonggak dengan alasan mahu memberi mereka yang cukup bagi menghadapi saingan separuh akhir Piala FA. Mengulas tegurannya menerusi laman sosial itu, Annuar berkata beliau sekadar mahu menyedarkan anak buahnya selain membayangkan ada 'durian runtuh' menunggu jika Kelantan mara ke final Piala FA. "Kita mesti mara ke final sebab kita adalah juara bertahan, dan saya beritahu mereka saya akan beri ganjaran yang cukup besar sekiranya berjaya ke final," katanya. - Astro Awani INFO PENTINGTonton Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7Tonton Drama Dahlia Full Episod |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment