<b>Bola Sepak</b> : Perak Berentap <b>Johor</b> di Final SUKMA | Sukan - Bola Sepak Johor Blog |
<b>Bola Sepak</b> : Perak Berentap <b>Johor</b> di Final SUKMA | Sukan Posted: 01 Jun 2014 06:30 PM PDT
KANGAR, 2 Jun - Perak melangkah ke final acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 selepas mengecewakan tuan rumah Perlis 3-2 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam tadi. Jaringan gol kemenangan Khairul Asyraf Shahizah pada minit ke-72 berjaya membawa skuad 'The Boss Gaurus' ke pentas final selepas Perlis mendahului 2-1 pada babak pertama. Perlis, yang turun dengan penuh bersemangat untuk mengukir kejayaan di hadapan penyokong sendiri, memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila membolosi gawang Perak seawal minit keenam menerusi Mohammad Syafiq Azmi. Tersentak dengan jaringan awal, Perak tidak berpatah semangat malah melakukan serangan balas serta cuba mengekang gerakan Perlis dengan rentak mengelirukan. Kealpaan benteng pertahanan Perlis dihukum apabila Perak menyamakan kedudukan menerusi Khairul Asyraf pada minit ke-25 sebelum Mohammad Syafiq meletakkan pasukan Singa Utara itu di hadapan sekali lagi pada minit ke-32. Pada babak kedua, kekasaran pemain pertahanan Perlis membawa padah apabila Perak diberikan sepakan penalti. Muhammad Rafiq Faeez Muhammad menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-60 untuk menyamakan kedudukan sebelum Khairul Asyraf melakukan sentuhan emas untuk mengesahkan Perak di final. Perak akan menentang Johor pada final, Selasa ini. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Pauh dekat, jaringan tunggal Mohammad Akmal Ishak pada minit ke-23 membawa Johor ke final selepas menundukkan Kedah 1-0.
|
Perak juara <b>bola sepak</b> Sukma - Perak FA News Posted: 03 Jun 2014 08:20 PM PDT Perak menamatkan kemarau 12 tahun untuk merebut ibu segala emas Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 apabila menewaskan Johor 3-1 pada final bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam ini. Perak membuka tirai jaringan seawal meinit ketujuh menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi sebelum Khairul Asyraf Sahizah menambah jaringan pada minit ke-17, hasil kesilapan penjaga gol Johor Sirajuddin Esa yang gagal menangkap bola dengan kemas. Babak kedua perlawanan menyaksikan Perak terus menguasai permainan dengan beberapa percubaan gol di gawang pasukan Harimau Selatan. Bagaimanapun Johor menerima sepakan penalti berikutan pemain mereka dikasari oleh pasukan Perak di dalam kotak penalti. Shafiq Shaharuddin menyempurnakan tendangan penalti buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-72. Perlawanan semakin rancak pada babak kedua sebelum Muhammad Shahrel muncul wira buat skuad 'Boss Gaurus' dengan gol ketiga pada minit ke-88. Kali terakhir Perak muncul juara ialah di Sukma Sabah pada tahun 2002 apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1. Perak juga merupakan naib juara pada Sukma Pahang 2012. Pingat gangsa menjadi milik Kedah selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perlis 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Muhammad Syafiq Ahmad menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke-70. Artikel asal di BERNAMA. |
You are subscribed to email updates from bola sepak Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment