Search This Blog

Thursday, June 26, 2014

JOHOR CUTI UMUM ESOK MERAI KEMENANGAN JDT - Bola Sepak Johor Blog

<b>JOHOR</b> CUTI UMUM ESOK MERAI KEMENANGAN JDT - Bola Sepak Johor Blog

<b>JOHOR</b> CUTI UMUM ESOK MERAI KEMENANGAN JDT

Posted: 25 Jun 2014 08:52 AM PDT

Johor Cuti Umum Esok Selepas Kemenangan JDT 

JOHOR BHARU: Datuk Ismail Karim , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, telah mengumumkan negeri Johor sebagai cuti umum esok (Khamis) 26/06/2014 selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super 2014.

Dalam pada itu satu majlis menyambut pemain JDT akan diadakan di Stadium Larkin 8 malam esok sempena kejayaan memenangi Liga Super 2014.

Pemain JDT dijangka tiba di Tol Skudai jam 7 petang esok dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya akan menaiki bas tidak berbumbung bermula di Tol Skudai dan terus ke Tol Kempas.

Seterusnya bas berkenaan akan bergerak EDL mengelilingi Bandaraya Johor Bahru sebelum terus ke stadium.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, ia bertujuan meraikan kejayaan JDT meraih gelaran juara Liga Super sebentar tadi yang menundukkan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri Kuching.

cc: myMetro

P/s- Seronok laa.. orang Johor..

Tuesday, June 24, 2014

Sindiket Pertaruhan Bolasepak Bernilai RM1.05 juta ... - Johor Times - Bola Sepak Johor Blog

Sindiket Pertaruhan <b>Bolasepak</b> Bernilai RM1.05 juta <b>...</b> - <b>Johor</b> Times - Bola Sepak Johor Blog

Sindiket Pertaruhan <b>Bolasepak</b> Bernilai RM1.05 juta <b>...</b> - <b>Johor</b> Times

Posted: 19 Jun 2014 11:24 PM PDT

Added by on June 20, 2014

JOHOR BHARU, 20 Jun — Polis Johor menumpaskan sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia 2014 dengan nilai pertaruhan mencecah RM1.05 juta, kata Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini. Ketua Polis Johor itu berkata Op Soga yang dilancarkan 13 Jun lalu telah melakukan 105 serbuan dan memeriksa 311 individu. 

Hasil pemeriksaan itu, seramai 31 individu ditangkap kerana disyaki terlibat sebagai ejen ataupun bookie kepada sindiket pertaruhan.  "Hampir 90 peratus tempat serbuan yang dilakukan ialah di tempat-tempat awam seperti restoran dan kawasan terbuka yang lain sekitar Wilayah Iskandar Malaysia," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini. Mereka yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan kini disiasat di bawah Seksyen 6, Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495), kata Mohd Mokhtar. — JOHOR TIMES

Akademi <b>Bolasepak</b> Perdana FC cungkil bakat anak <b>...</b> - <b>Johor</b> Times

Posted: 16 Jun 2014 03:42 AM PDT

Added by on June 16, 2014

Pasir Gudang : Akademi Bolasepak Perdana FC semakin menjadi perhatian umum, seramai 10 jurulatih yang terlibat semuanya dan kesuanya adalah bekas pemain profasional, menurut ketua jurulatih kini sudah ada 161 pelatih yang terdiri daripada perbagai usia iaitu dari 10 tahun hinggalah ke 15 tahun.

<b>Bola sepak</b>: Perak, <b>Johor</b> temu di final | Perak Today

Posted: 01 Jun 2014 06:08 PM PDT

<b>Bola Sepak</b> SUKMA – Perak Jumpa <b>Johor</b> Pada Final – POST METRO

Posted: 02 Jun 2014 03:44 AM PDT

SUKAN MALAYSIA 2014Kangar – Perak melangkah ke final acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 selepas mengecewakan tuan rumah Perlis 3-2 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Tuanku Syed Putra semalam.

Jaringan gol kemenangan Khairul Asyraf Shahizah pada minit ke-72 berjaya membawa skuad 'The Boss Gaurus' ke pentas final selepas Perlis mendahului 2-1 pada babak pertama.

Kealpaan benteng pertahanan Perlis dihukum apabila Perak menyamakan kedudukan menerusi Khairul Asyraf pada minit ke-25 sebelum Mohammad Syafiq meletakkan pasukan Singa Utara itu di hadapan sekali lagi pada minit ke-32.

Pada babak kedua, kekasaran pemain pertahanan Perlis membawa padah apabila Perak diberikan sepakan penalti.

Muhammad Rafiq Faeez Muhammad menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-60 untuk menyamakan kedudukan sebelum Khairul Asyraf melakukan sentuhan emas untuk mengesahkan Perak di final.

Perak akan menentang Johor pada final, Selasa ini.

Thursday, June 19, 2014

Live Streaming Johor vs Perak Final Bola Sepak SUKMA | Blog ... - Bola Sepak Johor Blog

Live Streaming <b>Johor</b> vs Perak Final <b>Bola Sepak</b> SUKMA | Blog <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog

Live Streaming <b>Johor</b> vs Perak Final <b>Bola Sepak</b> SUKMA | Blog <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2014 01:42 AM PDT

Live Streaming Johor vs Perak 3 Jun 2014 Final Bola Sepak SUKMA

Perlawanan akhir bola sepak SUKMA 2014 membabitkan pasukan Perak dan Johor akan diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra bermula jam 8.45 malam ini. Misi kedua-dua pasukan dalam merebut pingat emas kejohanan turut disiarkan secara langsung di RTM saluran TV1 bermula jam 8.40. Dalam pada itu, penyokong kedua pasukan boleh juga mengikuti perlawanan ini secara online menerusi pautan di bawah.

Live Streaming Johor vs Perak 3 Jun 2014
*link akan diupdate sebelum perlawanan bermula.

Incoming search terms:

Sunday, June 15, 2014

Bola Sepak : Perak Berentap Johor di Final SUKMA | Sukan - Bola Sepak Johor Blog

<b>Bola Sepak</b> : Perak Berentap <b>Johor</b> di Final SUKMA | Sukan - Bola Sepak Johor Blog

<b>Bola Sepak</b> : Perak Berentap <b>Johor</b> di Final SUKMA | Sukan

Posted: 01 Jun 2014 06:30 PM PDT

Rakyat News

KANGAR, 2 Jun - Perak melangkah ke final acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 selepas mengecewakan tuan rumah Perlis 3-2 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam tadi.

Jaringan gol kemenangan Khairul Asyraf Shahizah pada minit ke-72 berjaya membawa skuad 'The Boss Gaurus' ke pentas final selepas Perlis mendahului 2-1 pada babak pertama.

Perlis, yang turun dengan penuh bersemangat untuk mengukir kejayaan di hadapan penyokong sendiri, memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila membolosi gawang Perak seawal minit keenam menerusi Mohammad Syafiq Azmi.

Tersentak dengan jaringan awal, Perak tidak berpatah semangat malah melakukan serangan balas serta cuba mengekang gerakan Perlis dengan rentak mengelirukan.

Kealpaan benteng pertahanan Perlis dihukum apabila Perak menyamakan kedudukan menerusi Khairul Asyraf pada minit ke-25 sebelum Mohammad Syafiq meletakkan pasukan Singa Utara itu di hadapan sekali lagi pada minit ke-32.

Pada babak kedua, kekasaran pemain pertahanan Perlis membawa padah apabila Perak diberikan sepakan penalti.

Muhammad Rafiq Faeez Muhammad menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-60 untuk menyamakan kedudukan sebelum Khairul Asyraf melakukan sentuhan emas untuk mengesahkan Perak di final.

Perak akan menentang Johor pada final, Selasa ini.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Pauh dekat, jaringan tunggal Mohammad Akmal Ishak pada minit ke-23 membawa Johor ke final selepas menundukkan Kedah 1-0.

Perak juara <b>bola sepak</b> Sukma - Perak FA News

Posted: 03 Jun 2014 08:20 PM PDT

Sukma Perlis 2014 300x300Perak menamatkan kemarau 12 tahun untuk merebut ibu segala emas Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 apabila menewaskan Johor 3-1 pada final bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam ini.

Perak membuka tirai jaringan seawal meinit ketujuh menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi sebelum Khairul Asyraf Sahizah menambah jaringan pada minit ke-17, hasil kesilapan penjaga gol Johor Sirajuddin Esa yang gagal menangkap bola dengan kemas.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Perak terus menguasai permainan dengan beberapa percubaan gol di gawang pasukan Harimau Selatan.

Bagaimanapun Johor menerima sepakan penalti berikutan pemain mereka dikasari oleh pasukan Perak di dalam kotak penalti.

Shafiq Shaharuddin menyempurnakan tendangan penalti buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-72.

Perlawanan semakin rancak pada babak kedua sebelum Muhammad Shahrel muncul wira buat skuad 'Boss Gaurus' dengan gol ketiga pada minit ke-88.

Kali terakhir Perak muncul juara ialah di Sukma Sabah pada tahun 2002 apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1.

Perak juga merupakan naib juara pada Sukma Pahang 2012.

Pingat gangsa menjadi milik Kedah selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perlis 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Muhammad Syafiq Ahmad menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke-70.

Artikel asal di BERNAMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 10, 2014

Emas bola sepak milik Perak - Perak FA News - Bola Sepak Johor Blog

Emas <b>bola sepak</b> milik Perak - Perak FA News - Bola Sepak Johor Blog

Emas <b>bola sepak</b> milik Perak - Perak FA News

Posted: 03 Jun 2014 08:30 PM PDT

Perak Sukma 2014 By MOHD AZIM ABD RAHMANPerak mengakhiri penantian selama 12 tahun apabila meraih ibu emas Sukan Malaysia (Sukma) 2014 selepas menewaskan Johor 3-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam tadi.

Penyerang kembar, Khairul Asyrah Sahizah dan Muhd. Shahrel Fikri Md. Fauzi muncul watak utama apabila meletakkan nama selaku penjaring Perak pada perlawanan itu yang disaksikan hampir 2,000 penonton.

Dalam tempoh lima minit pertama perlawanan, Johor dilihat lebih garang melancarkan serangan ke kubu Perak. Namun, hasil satu serangan balas, Perak berjaya memecah kebuntuan menerusi Shahrel Fikri seawal minit ketujuh.

Berselang sepuluh minit kemudian, Khairul Asyrah meledak gol kedua Perak selepas dia bijak mengambil kesempatan atas kesilapan penjaga gol Johor, Mohd. Syafizullah Abd. Wahab.

Kedua-dua pasukan semakin rancak berbalas serangan bagi memburu gol dalam tempoh 20 minit terakhir babak pertama, namun tiada sebarang jaringan dapat dijelmakan.

Bersambung babak kedua, Perak dilihat lebih dominan menguasai perlawanan.

Namun, anak-anak buah Syamsul Saad itu terlepas peluang menambah jaringan walaupun memiliki deretan percubaan terbaik.

Sebaliknya, Johor berjaya merapatkan kedudukan apabila Shafiq Shaharudin menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-76 selepas Na'im Nazmi Zainuddin dijatuhkan di dalam kawasan petak penalti.

Gol tersebut ternyata menambah semangat barisan pemain Johor untuk memburu jaringan penyamaan pada baki 15 minit perlawanan.

Bagaimanapun, Shahrel Fikri melenyapkan sisa-sisa perjuangan Johor apabila menjaringkan gol ketiga Perak pada penghujung perlawanan, seterusnya memastikan emas berada dalam genggaman Perak.

Kejayaan itu juga sekali gus memadam kekecewaan Perak yang terpaksa berputih mata selepas tewas 0-3 kepada Sabah pada aksi final Sukma 2012 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Sebagai rekod, kali terakhir Perak memenangi pingat emas acara bola sepak adalah pada Sukma 2002 di Sabah. Ketika itu, Perak meraih kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang.

Artikel asal di Kosmo!.
Foto oleh Mohd Azim Abd Rahman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 9, 2014

Sukma XVII Perlis 2014 – Perlis, Johor ketuai Cabaran Suku akhir ... - Bola Sepak Johor Blog

Sukma XVII Perlis 2014 – Perlis, <b>Johor</b> ketuai Cabaran Suku akhir <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog

Sukma XVII Perlis 2014 – Perlis, <b>Johor</b> ketuai Cabaran Suku akhir <b>...</b>

Posted: 28 May 2014 06:06 AM PDT

Sukma XVII Perlis 2014 LogoSkuad tuan rumah, Perlis melengkapkan kemenangan 100 peratus di peringkat kumpulan apabila membelasah Sarawak 4 – 1 pada perlawanan yang dicemari layangan dua kad merah serta insiden tegang di dalam dan luar padang.

Perlis yang beraksi di hadapan lebih seribu penyokong bermula dengan agresif dan hanya memerlukan empat minit untuk didepan menerusi tandukkan Mohd Firdaus Zulkaffli.

Empat minit selepas itu skuad bimbingan Yusri Che Lah menggandakan kelebihan menerusi tandukkan ketua pasukan mereka, Wan Zulhilmi Wan Mustaffa. Sarawak yang perlu menang untuk mara ke suku akhir bangkit selepas itu dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi sentuhan Mohd Ibrahim Jobeli pada minit ke 13.

Aksi rancak di babak pertama berterusan sehinggalah minit ke 42 apabila Perlis sekali lagi menggegar jaring Sarawak, kali ini giliran Mohd Syafiq Azmi mencatat nama selaku penjaring.

Babak kedua, Sarawak dan Perlis saling berbalas serangan namun gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk merubah kedudukan. Penyokong Perlis bersorak lagi pada minit ke 81 apabila  Syafiq Azmi meledak lagi dengan merembat masuk bola muntah di depan gawang Sarawak.

Selepas gol tersebut, perlawanan menjadi tegang. Kekasaran Badrul Azhar Adenan ke atas pemain Perlis, Mohd Hafizi Mat Podzi mencetuskan ketegangan. Pengadil, Suresh Basgaran melayangkan kad merah kepada Badrul Azhar manakala Hafizi kad kuning.

Seminit berselang, Sarawak kehilangan seorang lagi pemain apabila giliran Eric Molby pula diarah meninggalkan padang setelah menerima kad kuning kedua.

Wisel panjang selepas itu menyaksikan hampir semua pemain dan pegawai pasukan Sarawak menyerbu pengadil perlawanan. Tidak berakhir di situ, provokasi oleh penyokong juga hampir mencetuskan keadaan yang lebih buruk, mujurlah Polis dan pegawai SUKMA pantas meredakan keadaan.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, juara bertahan, Sabah mengiringi Perlis ke suku akhir setelah mencatat keputusan seri dua sama ketika berdepan Pahang.

Johor pula memastikan status sebagai juara kumpulan D, setelah menundukkan Negeri Sembilan 2-1, sekaligus mengelak pertembungan dengan Perlis di suku akhir.

Jadual suku akhir

Perlis lwn N.sembilan

Perak lwn Wilayah Persekutuan

P.Pinang lwn Kedah

Johor lwn Sabah

Sunday, June 8, 2014

Saturday, June 7, 2014

Perak dan Johor ke final Bolasepak SUKMA - Perak FA News - Bola Sepak Johor Blog

Perak dan <b>Johor</b> ke final <b>Bolasepak</b> SUKMA - Perak FA News - Bola Sepak Johor Blog

Perak dan <b>Johor</b> ke final <b>Bolasepak</b> SUKMA - Perak FA News

Posted: 01 Jun 2014 06:32 PM PDT

Perak SukmaPerak dan Johor bakal membuat perhitungan bagi merebut 'ibu segala pingat' di SUKMA setelah beraksi cemerlang menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir.

Johor menyingkirkan Kedah 1 – 0 hasil jaringan tunggal Muhd Akmal Ishak pada minit ke 23 di Stadium Unimap, Pauh manakala Perak menyingkirkan tuan rumah, Perlis dihadapan kira-kira 10 ribu penonton di Stadium Tuanku Syed Putra di sini.

Perlis bermula garang dalam hujan lebat apabila hanya memerlukan 6 minit untuk membuka tirai jaringan apabila hantaran Mohd Ikmal Ibrahim pantas di sambar Syafiq Azmi untuk Perlis mendahului 1 – 0.

Namun Perak tidak mudah gelabah dan kembali melancarkan serangan ke kubu lawan. Hasilnya, 20 minit kemudian berpunca dari sepakan percuma Mohd Rafiq Faeez, Khairul Asyraf Sahizah menanduk masuk gol penyamaan Perak.

Perlis yang menampilkan aksi bersemangat kembali di depan pada minit ke 32 apabila Wan Zulhilmi Wan Mustafa bijak mengambil kesmepatan di depan gawang Perak untuk menjadikan kedudukan 2 – 1.

Babak kedua, Perak lebih banyak menguasai permainan di atas padang licin tetapi gagal untuk menghukum beberapa kesilapan benteng Perlis.

Sehinggalah minit ke 59 apabila Mohd Norhakim Isa dikasari dalam kawasan penalti Perlis, dan pengadil perlawanan, Kamal Ahmad tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Kapten Perak, Mohd Rafiq Faeez mudah mengikat kedudukan 2 – 2.

Minit ke 73, berpunca dari larian pantas Mohd Hafiz Ramdan di sayap kiri, lambungannya ke hadapan gawang Perlis di sambar Mohd Norhakim Isa sebelum disudahkan menerusi tandukkan oleh Khairul Asyraf untuk kedudukan 3-2 memihak Perak.

Perak tidak mengendurkan asakkan sebaliknya hampir menambah jaringan selepas itu tetapi rembatan Hafiz Ramdan berjaya ditangkap kemas Nazar Shahar di gawang Perlis.

Kedudukan 3 – 2 kekal hingga wisel penamat dan Perak yang di bimbing Syamsul Saad sekali lagi mara ke pentas akhir setelah kecewa pada final di Kuantan 2 tahun lalu.

Skuad bimbingan Yusri Che Lah pula akan beraksi untuk penentuan gangsa berdepan Kedah pada Selasa.

Artikel asal di Portal Rasmi Sukma XVII Perlis 2014.
Foto dari Portal Rasmi Sukma XVII Perlis 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 5, 2014

Bola sepak: Perak, Johor temu di final | Perak Today - Bola Sepak Johor Blog