Search This Blog

Wednesday, April 30, 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA: Gantung seumur hidup? - Bola Sepak Johor Blog

LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Gantung seumur hidup? - Bola Sepak Johor Blog


LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Gantung seumur hidup?

Posted: 21 Apr 2014 06:10 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kelana Jaya: Hukuman maksimum gantung seumur hidup bakal diterima pengurus Johor Darul Takzim II (JDT II) On Jabbar@Jaafar sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul pengadil perlawanan Sukri Abd Rahman selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bakal mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, berdasarkan laporan pegawai perlawanan JDT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang minggu lalu serta bukti rakaman video perlawanan menunjukkan FAM mempunyai alasan kukuh untuk mengheret On menghadap Jawatankuasa Tatatertib. 


"Berdasarkan laporan pegawai perlawanan serta penelitian terhadap video perlawanan kami dapati memang ada kes. Dalam masa terdekat ini kami akan mengeluarkan surat pertuduhan mengikut prosedur dengan individu terbabit diberi masa tujuh hari untuk menjawab surat pertuduhan itu," katanya. 

On yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mencetuskan kontroversi apabila bertindak menumbuk Sukri sebaik perlawanan tamat selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil itu dalam perlawanan Liga Perdana yang berkesudahan seri 2-2.

Dalam laporan Arena Metro semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM Datuk Astaman Abd Aziz melahirkan rasa kecewa dengan insiden itu dan berharap individu yang tidak boleh mengawal perasaan dan mematuhi peraturan supaya tidak terbabit dalam bola sepak.

Berdasarkan Kod Tatatertib 2.4 dan 2.5 FAM, On boleh dikenakan hukuman gantung minimum enam bulan sehingga maksimum seumur hidup serta denda. 

"Setakat ini kami akan meneliti dulu apakah bentuk pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas beliau sama ada di bawah Kod Tatatertib 2.4 atau 2.5," kata Hamidin.

Sunday, April 27, 2014

perlawanan persahabatan bola sepak bawah 12 tasek... - Bola Sepak Johor Blog

perlawanan persahabatan <b>bola sepak</b> bawah 12 tasek... - Bola Sepak Johor Blog


perlawanan persahabatan <b>bola sepak</b> bawah 12 tasek...

Posted: 17 Apr 2014 10:11 PM PDT

Saturday, April 26, 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA: Aimar minta lepas, Baihakki direhatkan - Bola Sepak Johor Blog

LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Aimar minta lepas, Baihakki direhatkan - Bola Sepak Johor Blog


LIGA <b>BOLASEPAK</b> MALAYSIA: Aimar minta lepas, Baihakki direhatkan

Posted: 19 Apr 2014 09:37 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU - Bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar meminta Johor Darul Ta'zim (JDT) melepaskannya manakala tonggak pertahanan, Baihakki Khaizan direhatkan oleh pasukan itu untuk baki perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Aimar dikatakan minta dilepaskan dengan alasan tidak serasi dengan corak permainan bola sepak tempatan manakala pemain pertahanan terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013, Baihakki pula gagal memikat hati barisan jurulatih JDT yang kini diketuai oleh Bojan Hodak dan Rajko Magic.


Pemain kebangsaan Singapura, Baihakki memaklumkan mengenai keputusan itu menerusi akaun Instagram miliknya, baihakki06 semalam.

"Selamat tinggal kawan-kawan Johor ku, mahu pun di luar padang atau pun di luar sana. Saya ingin ucapkan ribuan banyak terima kasih atas peluang menyarung jersi JDT dan sampai sini saje sumbangan saya.

"Saya tak ingat (fikir) perkara begini boleh berlaku tetapi itu keputusan ahli pelatih (jurulatih). Berjuanglah teman hingga ke garis penamat," tulisnya.

Bekas ketua pasukan Harimau Selatan itu turut memaklumkan mengenai status dirinya yang direhatkan buat sementara waktu dan dijangka akan beraksi semula bersama JDT II musim depan.

Sementara itu, perkara tersebut menjadi isu hangat di laman Facebook dan beberapa peminat JDT menjalankan kempen #savebaihakki di internet selain menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan JDT.

Bagaimanapun buat masa ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung perkara itu.

Wednesday, April 23, 2014

Insiden pukul pengadil burukkan lagi imej bolasepak Johor – Perak ... - Bola Sepak Johor Blog

Insiden pukul pengadil burukkan lagi imej <b>bolasepak Johor</b> – Perak <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog


Insiden pukul pengadil burukkan lagi imej <b>bolasepak Johor</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2014 08:28 PM PDT

jdt 1

Insiden pengurus JDT 2, Onn Jabar memukul pengadil sejurus selepas perlawanan Liga Perdana dengan UITM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) semalam merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah bolasepak negara.

Pengurus JDT 2 itu dikatakan tidak berpuashati dengan mutu pengadilan pengadil Sukri Abdul Rahman di dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 itu.

Insiden pergaduhan itu turut menimbulkan kekecohan dalam kalangan penonton perlawanan itu.

Malah ia dijangka memburukkan lagi imej Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), apatah lagi selepas insiden memalukan di terowong pemain pada perlawanan JDT menentang T-Team tidak lama dahulu.

Untuk pengetahuan, pengurus JDT 2 itu juga merupakan Naib Presiden PBNJ dan pegawai kanan kerajaan negeri Johor.

Onn Jabar yang sebelum ini dikenali sebagai seorang peramah dan mudah mesra dalam kalangan pengamal media di Johor Bahru, juga merupakan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sebuah kawasan perindustrian berat berhampiran Johor Bahru.

Beliau juga pernah bertugas sebagai setiausaha Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Pengarah Pejabat Taman Negara Johor.

Usaha media untuk mendapatkan reaksinya berhubungan kejadian semalam gagal kerana beliau enggan menjawab panggilan kepada telefon bimbitnya.

- MALAYSIAGAZETTE

Tuesday, April 22, 2014

VIDEO Pengurus Johor DT II Tumbuk Pengadil Perlawanan - Blogger - Bola Sepak Johor Blog

VIDEO Pengurus <b>Johor</b> DT II Tumbuk Pengadil Perlawanan - Blogger - Bola Sepak Johor Blog


VIDEO Pengurus <b>Johor</b> DT II Tumbuk Pengadil Perlawanan - Blogger

Posted: 20 Apr 2014 03:27 AM PDT

KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

Monday, April 21, 2014

Hari Ini dalam Sejarah Memori Bolasepak Johor Darul Takzim ... - Bola Sepak Johor Blog

Hari Ini dalam Sejarah Memori <b>Bolasepak Johor</b> Darul Takzim <b>...</b> - Bola Sepak Johor Blog


Hari Ini dalam Sejarah Memori <b>Bolasepak Johor</b> Darul Takzim <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 04:53 PM PDT

hari ini dalam sejarah


pasukan perak tolonglah belasah johor darul takzim


jawatan kosong institut sains dan teknologi darul takzi..


job vacancies 2014 at institut sains dan teknologi daru..


job vacancy at institut teknologi darul takzim instedt


pengurus johor darul ta zim ii tumbuk pengadil


menarik hari ini gambar selfie najib dan erdogan


doa hari ini untuk semua


ttp 21042014 jawatan kosong di institut sains dan tekno..


kali ini akai ibrahim ali dalam situasi baik


kata kata indah semoga hari ini lebih baik dari semalam


highlights johor darul ta zim mln t team 18 april 2014


semalam kita merangkak hari ini kita berjalan belum ten..


admin drmazacom kantoi buat fitnah kali ini isu kenapa ..


job vacancies 2014 at institut sains dan teknologi daru..


orang johor mesti terkejut dengan berita ini


bola sepak keputusan perlawanan pasukan johor darul ta ..


sejarah hitam wanita dalam teksi


semalam kata gaduh manja hari ini fail penceraian pula


sejarah hari buku 23 april lengkap


Friday, April 18, 2014

6 gambar para penyokong bola sepak perak ... - Omak Kau!!!! - Bola Sepak Johor Blog

6 gambar para penyokong <b>bola sepak</b> perak <b>...</b> - Omak Kau!!!! - Bola Sepak Johor Blog


6 gambar para penyokong <b>bola sepak</b> perak <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 15 Apr 2014 05:12 PM PDT

KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

Hari Ini dalam Sejarah: Memori <b>Bolasepak Johor</b> Darul Takzim <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 07:52 AM PDT

Monday, April 14, 2014

insiden terowong stadium larkin .. persatuan bola sepak negeri johor - Bola Sepak Johor Blog

insiden terowong stadium larkin .. persatuan <b>bola sepak</b> negeri <b>johor</b> - Bola Sepak Johor Blog


insiden terowong stadium larkin .. persatuan <b>bola sepak</b> negeri <b>johor</b>

Posted: 04 Apr 2014 11:43 PM PDT

Pasukan yang dibarisi bintang-bintang bola sepak tempatan dan pemain-pemain import berkualiti, Johor Darul Ta;zim FC merupakan antara pasukan yang bakal mencabar kejuaraan dalam Liga Malaysia 2014. Dibarisi ramai pemain-pemain kebangsaan dan pemain import berkualiti, pasukan yang diberi gelaran Harimau Selatan ini pastinya menarik minat penyokong-penyokong bola sepak tempatan memenuhi stadium bagi menyaksikan pasukan mereka beraksi.

Berikut adalah keputusan perlawanan melibatkan pasukan JDT FC bagi musim 2014 :

LIGA SUPER 2014

Pusingan Pertama

18 Januari : Perak (GS) 2-0 (Amri Yahyah, Luciano Figeroa)

25 Januari : T-Team (GL) 0-1

28 Januari : Singapore Lions XII (GS) 2-2 (Luciano Figeroa, Pablo Aimar)

8 Februari : Pahang (GL) 2-3 (Pablo Aimar, Safee Sali)

15 Februari : Selangor (GS) 4-1 (Baihakki Khaizan, Hariss Harun, Luciano Figeroa, Fadhli Shas)

8 Mac : Sime Darby FC (GL) 2-0 (Luciano Figeroa, Nor Shahrul Idlan Talaha)

15 Mac : Terengganu (GL) 0-1

22 Mac : ATM FA (GS) 1-1 (Safee Sali)

25 Mac : Kelantan (GL) 2-1 (Amri Yahyah, Fazly Mazlan)

29 Mac : Sarawak (GS) 1-1 (Luciano Figeroa)

5 April : PKNS FC (GL)

Pusingan Kedua

12 April : PKNS FC (GS)

15 April : Perak (GL)

19 April : T-Team (GS)

10 Mei : Singapore Lions XII (GL)

17 Mei : Pahang (GS)

24 Mei : Selangor (GL)

10 Jun : Sime Darby FC (GS)

14 Jun : Terengganu (GS)

17 Jun : ATM FA (GL)

21 Jun : Kelantan (GS)

25 Jun : Sarawak (GL)

PIALA FA 2014

Pusingan Kedua : 1 Februari

T-Team (GS) 2-1 (Luciano Figeroa(2)) - Perlawanan ditangguhkan 

* JDT FC menang 3-0

Suku Akhir 1 : 11 Februari

Kedah (GS) 3-1 (Amri Yahyah, Hariss Harun, Luciano Figeroa)

Suku Akhir 2 : 18 Februari

Kedah (GL) 2-0 (Nor Shahrul Idlan Talaha, Safee Sali)

Separuh Akhir 1 : 5 Mei

Pahang (GS)

Separuh Akhir 2 : 30 Mei

Pahang (GL)

Sunday, April 13, 2014

teganuku: MB Berhak Campuri Urusan Bola Sepak - Ahmad Said - Bola Sepak Johor Blog

teganuku: MB Berhak Campuri Urusan <b>Bola Sepak</b> - Ahmad Said - Bola Sepak Johor Blog


teganuku: MB Berhak Campuri Urusan <b>Bola Sepak</b> - Ahmad Said

Posted: 06 Apr 2014 08:55 PM PDT

Ganti Rugi Konsesi Balak RM2 Bilion - Kerajaan PAS Terengganu Mungkir Janji, Kerajaan BN Tanggung Akibat!


Teganuku memaparkan pendedahan blog hambali1 ( di sini & di sini) mengenai TUNTUTAN dua syarikat yang mendapat konsesi balak dianugerahkan oleh Kerajaan PAS Terengganu (1999 - 2004) tetapi kemudian dibatalkan perjanjian.

Kerana sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pemimpin PAS sendiri (TIDAK DINYATAKAN HINGGA KINI), dua syarikat berkenaan menuntut ganti rugi kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri Barisan Nasional kira-kira RM2,000 juta.

Sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa berdepan dengan tuntutan berkenaan. Jika sebelum ini Syarikat Riyapadu Sdn Bhd menuntut RM1,000 juta, syarikat terbaru ini turut menuntut hampir RM1,000 juta.

Persoalannya selepas menerima sebahagian pembayaran daripada RM280 juta yang dipersetujui Kerajaan Negeri dan pemimpin tertentu, syarikat berkenaan ditamatkan persetujuan.

Ikuti pendedahan dua siri daripada blog berkenaan:

Bahagian Pertama

 WAJAH HODOH PEMIMPIN PAS TERENGGANU : CUBA SELINDUNGKAN DOSA 'BAHAM BALAK'...

Jika ada yang bertanya apakah PAS layak memerintah kembali Terengganu, jawapannya TIDAK!

Bukan sekadar gagal memanfaatkan dengan baik kuasa yang dianugerahkan Allah antara 1999 dan 2004 bagi memperkenalkan dasar-dasar yang membantu rakyat keluar daripada kemiskinan dan pembangunan berimbang, pemimpin PAS sehingga kini tetap terpalit dengan dosa-dosa di atas kegagalan mereka menguruskan harta negeri dengan baik.


Kita masih ingat dengan jelas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila pemimpin PAS Terengganu merencanakan 'projek memfitnah Ahmad Said' dengan bantahan dan label kononnya 'Ahmad Said Terbabit Rasuah Balak'.

Pemimpin dan penyokong PAS, termasuk yang beberapa hari berjinak-jinak dengan PAS cuba membalas dendam melalui strategi 'pembunuhan karier' Menteri Besar Terengganu itu apabila mengatakan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu, khususnya Datuk Seri Ahmad Said melakukan rasuah dalam pemberian konsesi balak.

Berikutan itu Ahmad Said terpaksa bersumpah dengan nama Allah pada satu majlis integrity untuk membersihkan dirinya.

Sedangkan yang menuduh dan membuat fitnah tidak pun bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan dan butiran tuduhan mereka itu 'Semuanya Benar Belaka dan Tiada Yang Tidak Benar'.

Akibatnya, penyokong dan sebahagian rakyat Terengganu teruja dengan taktik kotor PAS ini.

Kesan ini besar kepada sokongan rakyat khususnya di kawasan Kuala Terengganu kerana bantahan di buat di Kuala Terengganu dan kempen mengenai rasuah ini banyak berkisar di dalam Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh PAS.

Namun di sebalik cuba menghodohkan orang lain, pemimpin PAS sebenarnya berwajah HODOH kerana berselindung di sebalik kemunafikan dan kejahatan yang mereka lakukan ketika memerintah berkaitan isu balak ini.

Kita tetap tidak boleh lupa mengenai skandal balak pemimpin PAS. Ada yang melalui cakap-cakap dan ada yang terang-terangan tidak terjawab sehingga kini.

Kini skandal balak akan terdedah lagi  yang dilakukan pemimpin PAS dan akan meletup tidak lama lagi.

Kerajaan PAS Terengganu (1999 hingga 2004) dan kemungkinan besar beberapa pemimpin PAS yang sering memperkecilkan pemimpin UMNO khususnya Ahmad Said sebenarnya terbabit dalam skandal yang menggemparkan.

Jangan haraplah mereka akan mengaku atau berusaha membersihkan dosa yang mereka lakukan sebaliknya akan menuding kepada kerajaan BN dengan pelbagai helah.

Harapkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berterus terang?

Dia lagilah mungkin akan menjawab tidak tahu apa-apa mengenai isu berkenaan kerana beberapa pemimpin PAS antara 1999 hingga 2004 dikatakan memiliki kuasa pentadbiran dalam soal kewangan, pelaburan atau juga konsesi balak lebih daripada Hadi.

Kes terbaru yang akan meledak sebenarnya sudah berlarutan kira-kira 11 tahun membabitkan sebuah syarikat yang diberikan konsesi untuk mengeluarkan 1.2 juta metrik tan balak yang nilainya dianggarkan RM2.1 bilion (RM2,100 juta).

Menurut fakta, mahkamah memberikan kemenangan kepada syarikat konsesi tersebut untuk menuntut ganti rugi gara-gara kerajaan PAS menamatkan perjanjian sewenang-wenangnya.

Sedangkan, menurut sumber syarikat berkenaan, sejumlah wang sudah dibayar kepada kerajaan negeri dan mungkin individu tertentu.

Ini bermakna Kerajaan PAS Terengganu 1999-2004 adalah jenis yang 'mungkir janji' dan pemimpinnya 'baham duit balak'.


Kita jangan lupa kepada kes Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) - di mana kerajaan PAS juga 'mungkir janji'. Berikutan 'tindakan zalim dan tidak profesional' kerajaan PAS, syarikat berkenaan turut dibebani hutang lebih RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli balak selain kerugian bayaran premium dilakukan.

Menariknya syarikat Bumiputera berkenaan menang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 12 November 2010 lalu dan gara-gara perbuatan kerajaan PAS Terengganu, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Ahmad Said pula terpaksa menanggung beban sebanyak RM1 bilion berkenaan. Kalau satu syarikat mungkin kita boleh katakan sebagai terkhilaf.

Tetapi jika berlaku juga kepada syarikat lain, ia bukan terkhilaf tetapi sama ada sengaja melakukannya, tidak cekap atau mungkin juga TIDAK BERUPAYA untuk mentadbir.

Duit daripada hasil balak ialah harta rakyat yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemajuan dan kepentingan rakyat.

Modus operandi yang dilakukan pemimpin PAS ketika itu ialah menawarkan tender terbuka untuk syarikat konsesi mendapatkan projek.

Bagaimanapun Kerajaan PAS ketika itu menetapkan bahawa syarikat yang mendapat konsesi perlu membayar RM280 juta kepada Kerajaan Negeri. Tidak kurang dan tidak lebih.

Difaham ada lapan atau sembilan syarikat berminat. Tetapi akhirnya sebuah sahaja syarikat ditawarkan atau berjaya mendapat konsesi.


Syarikat yang mendapat konsesi ini sebenarnya membeli sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham dengan keseluruhan kos termasuk modal dan perbelanjaan lain hampir RM60 juta demi mendapatkan konsesi bernilai RM2.1 bilion itu.
Memang berbaloi kerana Kerajaan Negeri hanya mahukan RM280 juta sahaja. Jika dihitung secara mudah, selepas ditolak modal membeli syarikat sebanyak RM60 juda dan kos membalak yang dianggarkan RM500 juta, syarikat masih membuat untung kira-kira RM360 juta.

Tetapi selepas membayar kepada Kerajaan Negeri dan individu tertentu sejumlah wang, syarikat berkenaan ditamatkan perjanjian.

Kes dibawa ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya sekitar 2007, syarikat berkenaan mendapat perintah untuk menuntut kerugiannya daripada kerajaan negeri. Siapa memerintah pada 2007?

Jawabnya ialah Kerajaan BN dan difahamkan Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh tahu mengenai perkara ini, namun tiada apa-apa tindakan di buat


Ini bermakna selepas tiga tahun jatuhnya kerajaan PAS, beban yang dibuat oleh pemimpin PAS dan Kerajaan PAS terpaksa dipikul oleh Kerajaan BN.

Berapakah jumlah yang dibenarkan untuk dituntut kepada kerajaan negeri?

Mencecah RM2.1 bilion, iaitu sama dengan jumlah Bajet 2013 untuk perbelanjaan setahun bagi tujuan pembangunan negeri.

Pihak syarikat beberapa kali menghubungi kerajaan negeri dan difahamkan Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said ketika ini terpaksa 'menguruskan isu' ini dengan baik kerana tempoh enam tahun selepas keputusan mahkamah semakin menghampiri.

Dengan kata lain, perundingan perlu dibuat dengan syarikat berkenaan untuk mengelakkan wang rakyat sebanyak RM2.1 bilion terpaksa dibayar kepada syarikat berkenaan.

Ini bermakna Ahmad Said terpaksa uruskan dua 'beban yang ditinggalkan kerajaan PAS berkaitan balak', iaitu dengan syarikat terbaru ini selepas dengan Riyapadu - sedangkan pemimpin PAS yang kini 'kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013' menuduh Kerajaan BN sekarang 'baham balak'.

Bahagian Kedua 

PEMIMPIN PAS 'CUCI TANGAN', AHMAD SAID KENA CARI SEKURANG-KURANGNYA RM1,000 JUTA…ADILKAH?

 "Apakah pemimpin PAS tidak merasa BERDOSA dan MALU untuk bertemu rakyat dan pada ketika yang sama mendakwa pemimpin UMNO rasuah, melakukan salah laku, mementingkan kroni dan 'baham balak'?"

 
Pemimpin PAS dan penyokong membantah tanpa melihat pemimpin mereka yang terpalit dengan 'baham duit balak..."

Pemimpin PAS Terengganu sering mendabik dada kononnya mereka adalah pemimpin Islam yang bebas rasuah, salah laku dan mengamalkan ajaran Islam yang melebihi pemimpin UMNO.

Namun ternyata perisytiharan kononnya 'mereka pemimpin terpilih dan terbaik' terpalit dengan pelbagai dosa, rasuah dan salah laku.

Jika sebelum ini dalam ceramah pada Pilihan Raya Umum ke-13 mereka menuduh pemimpin UMNO Terengganu melakukan salah laku dengan mementingkan kroni, terjebak dengan rasuah dan 'baham balak', pada pilihan raya kecil Kuala Besut, irama itu tetap berkumandang.

Namun, apakah mereka melihat dan mencermin diri sendiri? Apa yang sudah dilakukan oleh Kerajaan PAS Terengganu ketika berkuasa antara 1999 hingga 2004?

Harapkan Ayah Chik?...mungkin banyak tidak tahu permainan di belakangnya.
Pemimpin PAS ketika itu dan masih hidup dan aktif berkempen ketika ini cuba menutup kelemahan diri, kemungkaran dan perbuatan salah laku, selain gagal mentadbir negeri dengan baik telah dengan sengaja membazirkan wang negeri.

Maksud di sini ialah dengan membatalkan konsesi dua syarikat balak menyebabkan mahkamah memutuskan Kerajaan Negeri (kini ditanggung bebannya oleh Kerajaan Barisan Nasional) supaya membayar balik tuntutan syarikat berkenaan yang melebihi RM1.5 bilion.

Adilkah perbuatan mereka itu? Selepas melakukan kesalahan, orang lain terpaksa menanggung kesilapan terbut. Bak kata sesetengah orang, "Orang lain BERAK, orang lain TUKANG CUCI". Ternyata kini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dibebankan dengan usaha mencari dana untuk membayar gantirugi yang dibenarkan mahkamah kepada dua syarikat konsesi iaitu Riyapadu Sdn Bhd dan sebuah lagi syarikat yang sedang melakukan perundingan jumlah sebenar yang perlu dibayar kepada mereka. 
 

Ahmad Said bersumpah dengan nama Allah tidak terbabit dengan rasuah balak pada satu majlis pada April 2013.

 Benar, setiap pihak yang mengambil alih kerajaan terpaksa menanggung secara 'Lock, Stock & Barrel'.
 
Namun dalam konteks membabitkan ganti rugi melebihi RM1 bilion seperti ini ia sudah melampau dan tidak wajar Kerajaan PAS dibenarkan 'cuci tangan' begitu sahaja.

Rakyat Terengganu wajar mempersoalkan kredibiliti, integriti dan keikhlasan pemimpin PAS yang mentadbir Terengganu antara 1999 hingga 2004.

Kesan bukan dirasai ketika itu tetapi selepas 10 tahun kemudian. Apakah pemimpin PAS tidak merasa TIDAK BERDOSA dan TIDAK MALU untuk bertemu rakyat dan pada ketika yang sama mendakwa pemimpin UMNO rasuah, melakukan salah laku, mementingkan kroni dan 'baham balak'?

Sedangkan mereka terlebih dahulu melakukan salah laku dan 'baham duit balik' walaupun dalam apa cara sekali pun!

Memang HODOH wajah pemimpin PAS yang berselindung di sebalik jubah, ketayap, berlagak alim dan sebagainya tetapi LEGASI RASUAH KEPIMPINAN PAS yang melekat di dahi mereka menceritakan segala-galanya.

Memang benar tidak semua pemimpin PAS berwajah demikian, namun PAS Terengganu perlu bertanggungjawab secara kolektif kerana mereka masih menerima pembesar Terengganu itu sebagai pemimpin mereka ketika ini.


Tidakkah mereka merasa simpati walau sedikit pun kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terpaksa mencari dana – tidak kiralah sama ada daripada hasil balak, petroleum dan gas, cukai atau apa juga pendapatan negeri – untuk mengumpul dana sebanyak kira-kira RM1.5 bilion (RM1,500 juta) bagi membayar ganti rugi kepada dua syarikat berkenaan?

Malah, syarikat kedua selepas Riyapadu dikatakan bersedia untuk berunding, namun dengan jangkaan pendapatan mereka sebelum ini sebanyak RM2.1 bilion (RM2,100 juta), mereka akan berlembut atau menerima apa sahaja cadangan Kerajaan Negeri?

Kini syarat sudah diletakkan kepada Kerajaan Negeri agar proses rundingan berikut dipilih untuk tujuan ganti rugi, iaitu:

1. Terima jumlah ganti rugi yang ditetapkan oleh mahkamah;

2. Menerima jumlah gantirugi tetapi berunding untuk kedua-dua pihak berpuashati; dan

3. Menolak keputusan mahkamah dan merujuk kembali ke mahkamah untuk jumlah yang lebih rendah.



Walau apa juga keputusan, Ahmad Said berada pada kedudukan yang tersepit antara membelanjakan wang yang besar itu untuk pembangunan rakyat atau membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi.

Pada ketika beliau dihempuk dengan masalah sedemikian, pemimpin PAS yang merasakan diri mereka TIDAK BERDOSA dan TERLEPAS DARIPADA PERBUATAN SALAH LAKU, terus menerus memperkecil dan mempertikaikan keikhlasan Ahmad Said mentadbir negeri

 Dengan pelbagai isu yang diketengahkan khususnya oleh pemimpin PAS yang dua tiga hari masuk PAS seperti isu Kedai Payang, pengambilan tanah untuk pembangunan serta beberapa perkara lain, mereka seakan tidak maklum bahawa 'TAHI PENINGGALAN PEMIMPIN PAS' belum dicuci. Mereka ini seperti MENGAMPUNKAN segala DOSA dan KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh pemimpin mereka sebelum ini sedangkan pemimpin berkenaan mengharapkan PAS kembali berkuasa agar segala dosa dan kemungkaran itu dapat diselindung atau disorokkan.


Logo syarikat yang menuntut ganti rugi,,,
Rakyat Terengganu, khususnya di Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini sepatutnya diberitahu mengenai salah laku, mementingkan kroni dan perbuatan 'baham balak' ini. PAS tidak layak dipilih kerana pemimpinnya 'BERMUKA DUA' selain BERMUKA-MUKA di hadapan rakyat sedangkan di belakang, mereka memikul pelbagai perbuatan salah.

Mereka patut ditanya apakah wajar RM1.5 bilion itu 'DIBUANGKAN KE LONGKANG' begitu sahaja apabila gantirugi di bayar kepada dua syarikat konsesi berkenaan. Mereka juga wajar ditanya apakah PAS bertanggungjawab terhadap salah laku ini?

Jika mereka sedia bertanggungjawab, hakikatnya mereka sudah melakukan KESALAHAN BESAR tetapi setidak-tidaknya mengaku tetapi sekiranya TIDAK MENGAKU dan keputusan mahkamah ternyata BENAR SEMUANYA DAN TIADA YANG TIDAK BENAR, mereka adalah pemimpin MUNAFIK dan PERLU DITOLAK JAUH-JAUH.

Syarikat konsesi balak kedua ini sudah membayar sebahagian wang kepada kerajaan negeri dan individu tertentu walaupun tidak kesemua RM280 juta yang dituntut oleh kerajaan negeri.

Persoalannya, untuk apa dibelanjakan wang berkenaan dan individu mana yang mendapat untung daripada persetujuan konsesi ini?

Rakyat Terengganu mempunyai hak untuk bertanya dan mencari jawapan mengenai siapa pemimpin terbabit dan ke mana wang yang sudah dibayar itu dibelanjakan.

Mereka wajar dibawa ke pengadilan rakyat kerana bertindak tidak profesional, mungkin janji, berunsur rasuah dan paling penting ada yang BUNCIT PERUT kerana 'baham duit pendahuluan berkenaan'.

Rakyat Terengganu boleh menilai perbuatan keji oleh pemimpin PAS ini dan memang mereka TIDAK LAYAK untuk dikembalikan sebagai pemimpin untuk memerintah Terengganu. Kita berharap tidak ada lagi kejadian seperti yang berlaku dengan dua syarikat konsesi balak ini kerana ternyata PAS yang mendakwa ia parti Islam sebenarnya TURUT TERPALIT DENGAN RASUAH, MEMENTINGKAN KRONI dan TIDAK AMANAH DALAM PERJANJIAN.



Apa jaminan kepada rakyat Terengganu jika PAS memerintah kerana ternyata mereka bukan sahaja BERBOHONG apabila BERJANJI DENGAN manifesto PILIHAN RAYA pun tidak dianggap sebagai suatu AKUJANJI.

Jika janji yang dibuat dengan menggunakan khidmat peguam dan 'seal' rasmi tidak dipatuhi, janji pilihan raya atau melalui ceramah-ceramah oleh PAS terhadap rakyat bagikan 'kacang' dan boleh didolak-daleh sewenang-wenangnya.

Yang pasti, tiada masa depan untuk rakyat Terengganu jika membenarkan PAS berkuasa.

Malah rakyat akan turut terpalit kerana memilih PARTI YANG KONONYA ISLAM tetapi penuh dengan rasuah, perbuatan salah laku, mementingkan kroni, selain TIDAK JUJUR dengan JANJI yang sudah dimeterai seperti terbukti dengan dua syarikat konsesi balak ini.